Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

FUTSALASIA MAGAZINE PRE-ORDER

  • mosh
  • 14 years ago
  • 2,429

 

Salam Semua,

Kapasitor : Happy Birthday  Ya! ;)

Pertama sekali saya ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun Ke-5 untuk Kapasitor! Terasa macam baru sahaja semalam saya menjadi ahli di komuniti ini walaupun sebenarnya sudah 3 tahun lebih saya berada di sini (masa berlalu begitu pantas). Laman Kapasitor dan kenalan melaluinya telah menjadi sebahagian dari hidup saya. Rencah Kapasitor saya harap akan terus menjadi perasa yang manis dalam hidup saya dan semoga Kapasitor terus berkembang sebagai pemangkin karya seni di Malaysia khasnya dan seluruh dunia InsyaAllah.  

Futsal Asia Magazine

cover

Baiklah untuk tahun 2010, projek peribadi saya adalah untuk menerbitkan sebuah majalah yang memfokuskan sukan futsal. Projek yang tercetus pada sekitar Disember 2009 ini saya terus mulakan pada awal tahun baru ini dan setelah bertungkus lumus maka ianya telah siap dan dihantar untuk cetak. Keluaran No. 1 ini akan berada di pasaran iaitu pada 7hb Februari 2010 jika tiada aral melintang.

Jika anda berminat untuk mendapatkan edisi pertama ini, anda boleh membuat tempahan awal atau order setelah 7/2/10 di sini.

Anda Berbakat Menulis?

Di sini saya juga menjemput ahli-ahli yang berminat untuk menulis bagi majalah ini. Tulisan anda seharusnya  berkait tentang sukan ini. Contohnya saya ingin mengadakan ruang cerpen bersiri, maka ceritanya akan ada kena-mengena dengan futsal. Cuba anda fikirkan.

Juga jika ada yang minat melukis kartun, juga tema futsal atau sukan.

Banyak lagi yang anda boleh tulis seperti isu yang boleh dibangkitkan untuk perbincangan seperti pembangunan sukan ini, penglibatan wanita, tips dari segi kesihatan, pemakanan, motivasi sukan, strategi, kupasan pertandingan dan banyak lagi topik yang sebenarnya anda boleh fikirkan.

Anda boleh hubungi saya jika ada idea-idea lain bagi kandungan majalah ini.

Setiap sumbangan yang dipilih untuk dimasukan ke dalam majalah akan dibayar ;)

Oh ye, di dalam edisi satu ini juga saya masukan foto group futsal kapasitor pada ruangan foto kandid. Foto itu saya ‘curik’ dari facebook Njay. Boleh eh Nia?  Hehe ;)

Anda Minat Pemasaran?

Jika anda berminat untuk memasarkan majalah ini atau menjual ruang iklan di dalam majalah ini sila hubungi saya segera untuk mendapatkan mediakit serta berbincang tentang komisen dan sebagainya.

Sebelum saya terlupa ingin saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pendapat yang memberi sokongan iaitu Jojo, Caha & Ucu. Terima kasih kepada Ahnep & Alya kerana menjadi jurugambar & wartawan pada 1 & 2 Januari 2010 bagi acara di Dataran Merdeka.

Anda boleh mengikuti perkembangan lanjut tentang FUTSALASIA MAGAZINE di Facebook (futsalasia), Twitter (futsalasiamag) atau di web sementara kami di www.futsalasia.net. Email : kyrie@futsalasia.net

Baca perbualan