
Kita asyik bersosial di laman sesawang, apa kata kalau kita berjumpa dengan rakan-rakan yang selama ini memberi komen dan menilai karya kita serta beramah mesra merapatkan ukhwah sesama kita SAMBIL MENEMBAK, BERGAYUT, MEMBELAH SUNGAI & MEREDAH HUTAN!
Yosh! Dengan ini Kapasitor akan mengelola satu siri permainan PAINTBALL & AKTIVITI DI HUTAN untuk semua rakan-rakan Kapasitor! Di bawah adalah perincian untuk aktiviti tersebut:
Perincian Aktiviti
Hari: Sabtu Masa: 8 pagi – 6 petang Tarikh: 6 Mac 2010 Tempat: Alang Sedaya & Sg. Pisang Gombak Aktiviti: Rujuk Tentatif program. Harga: RM100/seorang (makan tengah hari & minum petang disediakan)
Tentatif Program 8am: Berkumpul di Shell/McD (Menghala ke Lebuhraya Karak) 9am: Taklimat 10am: PAINTBALL 1pm: Lunch/Zohor 2pm: JUNGLE TRACKING 3pm: FLYING FOX 4pm: CANYONING 5:30pm: Minum Teh 6pm: Bertolak pulang
Maka, sesiapa yang berminat boleh mesej/PM aku. Aku perlukan nama penuh, nombor IC & nombor telefon. Kita boleh berbincang tentang pembayaran selepas itu. Terhad kepada 20 orang terawal sahaja! Jangan tunggu lama sangat, nanti korang kempunan tengok aku upload gambar2 ke Kapasitor nanti, hihi.
Untuk membakar perasaan korang, aku selitkan dengan gambar-gambar kat bawah ni, hehe :P
Inilah namanya CANYONING
 Menunggu giliran
Wuuuu... curamnya!
Lepas turun guna tali kita tiruk kat bawah tu pulak! :P
Amacam? Teruja tak? Jom kita jom! Ingat! sesiapa yang berminat boleh mesej/PM aku. Aku perlukan nama penuh, nombor IC & nombor telefon. Kita boleh berbincang tentang pembayaran selepas itu. Terhad kepada 20 orang terawal sahaja! Jangan tunggu lama sangat, nanti korang kempunan tengok aku upload gambar2 ke Kapasitor nanti, hihi.
Yer, jangan lupa bawak kamera ;)
LET’S JOM!
|