Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Mari Menembak, Bergayut, Membelah Sungai dan Meredah Hutan

  • jojo
  • 14 years ago
  • 2,931

 

Kita asyik bersosial di laman sesawang, apa kata kalau kita berjumpa dengan rakan-rakan yang selama ini memberi komen dan menilai karya kita serta beramah mesra merapatkan ukhwah sesama kita SAMBIL MENEMBAK, BERGAYUT, MEMBELAH SUNGAI & MEREDAH HUTAN!

Yosh! Dengan ini Kapasitor akan mengelola satu siri permainan PAINTBALL & AKTIVITI DI HUTAN untuk semua rakan-rakan Kapasitor! Di bawah adalah perincian untuk aktiviti tersebut:

Perincian Aktiviti

Hari: Sabtu
Masa: 8 pagi – 6 petang
Tarikh: 6 Mac 2010
Tempat: Alang Sedaya & Sg. Pisang Gombak
Aktiviti: Rujuk Tentatif program.
Harga: RM100/seorang (makan tengah hari & minum petang disediakan)

Tentatif Program
8am: Berkumpul di Shell/McD (Menghala ke Lebuhraya Karak)
9am: Taklimat
10am: PAINTBALL
1pm: Lunch/Zohor
2pm: JUNGLE TRACKING
3pm: FLYING FOX
4pm: CANYONING
5:30pm: Minum Teh
6pm: Bertolak pulang

Maka, sesiapa yang berminat boleh mesej/PM aku. Aku perlukan nama penuh, nombor IC & nombor telefon. Kita boleh berbincang tentang pembayaran selepas itu. Terhad kepada 20 orang terawal sahaja! Jangan tunggu lama sangat, nanti korang kempunan tengok aku upload gambar2 ke Kapasitor nanti, hihi.

Untuk membakar perasaan korang, aku selitkan dengan gambar-gambar kat bawah ni, hehe :P

http://www.kapasitor.net/images/outdoor/001.jpg 
Inilah namanya CANYONING

http://www.kapasitor.net/images/outdoor/003.jpg
Menunggu giliran

http://www.kapasitor.net/images/outdoor/002.jpg 
Wuuuu... curamnya!

http://www.kapasitor.net/images/outdoor/003.jpg 
Lepas turun guna tali kita tiruk kat bawah tu pulak! :P 

Amacam? Teruja tak? Jom kita jom! Ingat! sesiapa yang berminat boleh mesej/PM aku. Aku perlukan nama penuh, nombor IC & nombor telefon. Kita boleh berbincang tentang pembayaran selepas itu. Terhad kepada 20 orang terawal sahaja! Jangan tunggu lama sangat, nanti korang kempunan tengok aku upload gambar2 ke Kapasitor nanti, hihi.

Yer, jangan lupa bawak kamera ;)

LET’S JOM!

Baca perbualan