helpHelpfeedbackFeedback  Register
http://www.kapasitor.net/community/
Welcome Guest
Not a member yet? Join us.
Login if you already have registered.
Article  Information  Life  Opinion  Relationship  

Deria keenam
Komuniti: Life | 4/02/2010 | 23:17:17 PM | 95 Views
Share

Deria keenam
 

Saya baru sahaja selesai menonton filem Perempuan Berkalung Sorban (arahan Hanung Bramantyo) di fakulti. Filem ini merupakan filem kontroversi di Indonesia dan khabarnya pernah dibantah oleh alim ulama di sana agar diharamkan penayangannya.

Pada mulanya saya berfikir, kemungkinan besar saya tak akan menonton filem ini semasa ia ditayangkan di fakulti kerana filem ini lebih bersifat feminis dan saya bukanlah seorang yang feminis.  Tetapi saya termakan ajakan pensyarah saya supaya menontonnya (ya, saya tahu tak boleh memilih filem apa yang saya suka tonton lebih-lebih lagi saya belajar dalam bidang ini). Tamat filem, saya tersenyum. Saya suka filem ini. Watak utama filem ini, Anisa tahu bahawa lelaki yang perlu dikahwininya adalah Kudhori, teman kanak-kanaknya dan bukannya Sam. Kudhori juga pernah menyatakan kepada Anisa di dalam suratnya bahawa dia tidak mampu mencintai perempuan lain selain Anisa.

Sebenarnya bukan fasal filem ini yang ingin saya perkatakan. Tetapi , ada benda yang saya fikirkan selepas menonton filem ini. Saya terus teringat kata-kata seorang hamba Allah kepada saya. Beliau pernah memberitahu saya bahawa setiap manusia dikurniakan dengan deria keenam.  Apabila kita bertemu dengan seseorang dan merasakan bahawa orang itu adalah jodoh terbaik buat diri kita, walaupun kita tidak pernah tahu langsung namanya,  perasaan itulah yang dinamakan deria keenam .

Kadang kala Tuhan mahu bagi petunjuk dan ilham kepada kita secara tidak disangka-sangka. Bagi saya salah satu untuk mendapat “deria keenam” itu adalah dengan melakukan solat istikharah dan itulah yang dilakukan oleh hamba Allah tersebut.

Mungkin watak Anisa dan Kudhori mempunyai “deria keenam” itu.

 

Kata hamba Allah itu lagi,  pasangan kita bukanlah yang paling baik di dunia tetapi mungkin yang terbaik untuk diri kita :)

author
kamalia
My.Kapasitor
Add as friend
Send Message
share
bloglinesRedditStumbleUpontechnocratiYahoo
DeliciousdiggFacebookGoogleNewsvine

my other posts
Syed & Sharifah
Sigaraning: Belahan jiwa seorang Ali Imran
saya tak tahu nak letak apa untuk tajuk entri ni
Ini cerita saya setiap kali semester baru
Cinta sejati itu bagaimanakah rupanya?
Semalam Aku Menonton Wayang
10 fakta (sebenar) tentang kamalia
View all


Permalink | Top

Comment
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

iklaneka
Kapasitor Mini via Facebook
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan ToolbarIklan Pertandingan
Iklan TshirtIklan Kapasitor
muat turun
Ringkasan Panduan Penulisan & Menghantar Karya
Aku Budak Setan: Nazihah (Versi Sopan)
Unwritten
Akhirnya Jo Sudah Tahu
Iklan di sini RM1/sehari