Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kapasitor MS: Buletin Februari 2010

 

.... Ting!

Sudah bulan Februari. Apakah maksudnya?
Ulang tahun Kapasitor? Naah, itu semua dah tahu! Lagi?
Hari Valentine? Durh.. taknak komen. Terpulang pada pegangan dan pandangan masing-masing.
Lagi lagi?
Hari kemerdekaan Gambia? Ewah, agak-agak la!

Sebenarnya bulan Februari ni menandakan Buletin Kapasitor MS sudah cukup 12 isu! Sudah cukup setahun!
*Tepuk! Tepuk!*

Syukur! Terima kasih kepada semua yang terlibat, yang membantu terbitnya buletin ni tanpa cundang. Walaupun nampak senang, tapi sebenarnya bukan mudah. Di Kapasitor ni tiada pekerja sepenuh masa. Nak-nak yang dah bekerja macam saya ni.

Dari bekerja sebagai Instructional Designer di Subang waktu mula-mula buletin terbit, saya kemudian berpindah kerja ke Putrajaya, lepas tu Kuantan, hinggalah hari ini sudah bertugas sebagai Pencacai Pentadbiran dan Kewangan Maritim Malaysia di Kuala Terengganu. Biar berkursus, biar demam-demam. Alhamdulillah, terbit juga benda alah ni. Hip hippp!

Nak tahu apa yang buat saya punya kudrat menulis buletin? Seorang ahli Kapasitor pernah cakap, dia rasa komuniti ni terjaga dengan adanya buletin ni. Taklah pengelola lepas tangan je biarkan web bergerak sendiri tanpa dijaga seperti di sesetengah laman karya kreatif tempatan yang lain. Di Kapasitor ada rangkuman dan penghargaan.

Sejuk anak buah (baca: perut) saya dengar. Terasa seperti diusap-usap. Terus semangat tak mahu tinggal tulis buletin.

Sidang Pengelola Penggal ke-3
Sesuai dengan ulang tahun ke-5 Kapasitor, saya ambil kesempatan ini untuk alu-alukan seorang Kru Pengelola baru bagi penggal ke-3. Beliau akan menggantikan Kak Mas (myelina) yang telah dinaiktaraf menjadi Kru Penasihat Kapasitor MS bersama Tok Penyu (upenyu).

Selamat datang Cik Dayya :)
Untuk dengar sedikit bingkis kata dan log bual sewaktu saya tawar tempat sebagai Kru Pengelola di Kapasitor MS, sila download Buletin Kapasitor versi PDF yang akan diterbitkan kemudian.

Jadi bagi penggal ketiga, inilah barisannya:

Kru Penasihat
- Myelina
- Upenyu

Kru Pengelola
- Zinggof
- Ridhrohzai
- Paktam85
- Dayya

Semoga mereka mampu memantapkan lagi seksyen Kapasitor MS ke aras yang lebih baik.

Tabikk!

Seputar Statistik Dewan Gemilang 2009
Buat yang belum  tahu, sila baca dahulu entri ini dan download PDF ini untuk melihat ranking-ranking ahli aktif pada tahun 2009.

Kebanyakannya keputusan memang sudah dalam jangkaan. Saya cuma terkejut .. wow, zinggof menilai hampir dua kali ganda puisi berbanding pesaing terdekat. Dalam asyik hilang dan tak berdaya nak online beliau tak pernah alpa dalam menjalankan tugasnya. Jauh melebihi mereka yang lain.
*Tepuk tepuk!*

Mizz_Aszni pula, walaupun tidak pernah menghantar cerita pendek seumur Kapasitor, tapi penilai kedua tertinggi untuk seksyen berkenaan!
*Tepuk tepuk!*

Paktam85 tu .. masuk  tak sampai setahun. Tapi dah top pengkarya tertinggi puisi. Selamba!
*Tepuk tepuk!*

Tu tu.. yang nama Cahatomic tu. Pengkomen kedua tertinggi seksyen novel, tapi langsung tiada dalam senarai sebagai penilai seksyen berkenaan.

Weii!

Hehe, ni salah query data ni. Cis, kamu Jojo! :p Tidak ya, saya sentiasa menilai
tau karya-karya yang saya baca. Sila jangan percaya fakta dalam PDF tu. Terima kasih kepada Jojo kerana sudi ekstrak data ini. Sila-silalah muat turun dan lihat ranking-ranking berkenaan ya!

Karya@Kapasitor MS
Berikut adalah ulasan seksyen cerpen dari Ridhrohzai:

Baiklah, sekitar seksyen cerpen bulan Januari. Sebanyak 21 judul cerpen telah dimuat-naik dalam ruangan cerpen. Saya kira tidak banyak peningkatan berbanding bulan lalu tetapi masih di paras sederhana. 

Seksyen cerpen kali ini diwarnai dengan beberapa penulis baru yang berani memulakan langkah pertama dengan menghantar cerpen mereka. Antara penulis tersebut adalah sedo, kueh, asma,  sastern, damiey dan koizumi.

Tidak lupa juga ada novel baru karya linariff bertajuk Lara Cinta.

Oh ya, asma bolehlah dianggap pengkarya baru paling bersinar bagi bulan ini. Beliau sangat rajin menghantar, mengomen dan berinteraksi dengan ahli-ahli aktif lain sepanjang beberapa minggu ini. Teruskan sikap yang sama asma :)

Ini pula adalah sedikit petikan dari ulasan panjang Zinggof:

Bulan Januari 2010. Karya puisi adalah perlahan, tiada banyak penulis yang berdiri di atas par. Cuba anda lihat carta paling dikomen, paling dinilai untuk bulan lepas, nama PakTam bersusun. Malah, sebenarnya puisi Pak Tam layak memenuhi ruang pemilihan bulan ini. Tapi biarlah, saya cemburu dengan Pak Tam, sebab dia hensem, sebab dia berbakat, sebab dia tinggi, dan sebab dia adalah Pak Tam.

Haha, emosi bukan? Untuk ulasan penuh dari Zinggof.. seperti tadi, dapatkan Buletin Kapasitor versi PDF yang akan diterbitkan kelak. Zinggof siap buat ulasan bagi setiap satu puisi yang dipilihnya bulan ini. Jangan tak muat turun! :D

Baiklah, seperti biasa sebelum saya undur diri disenaraikan di sini Karya Pilihan Kru Pengelola Januari 2010! Doakan kejayaan projek sulung Kapasitor tahun ini: Pertandingan Penulisan Cerpen bagi Sekolah-sekolah Jemputan Daerah Keningau berjalan lancar. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada penderma-penderma kehormat yang telah membeli saham akhirat mereka bagi menjayakan projek ini. Assalamulaikum.

 

Karya Pilihan Kru Pengelola Januari 2010

Puisi:
1. Elam - Ain
2. Rancangan Tipu Lalat - Paktam
3. Animasi Cinta - Rizzy
4. Anak-anak Derhaka - Autofemme
5. Aku Nyamuk Engkau Racunnya - Kurusawa
6. Dua Puluh Tujuh - Norabiatul
7. Tuhan - Dayya
8. Hussain Sang Kesatria Langit - Kazeem 

Cerpen:
1. Pemuda Kecil - Jo3y (Reviu Pemuda Kecil - Halus oleh Paktam85)
2. Diari Seorang Lelaki(Seekor Anjing) - Wahyudimy
3. Antara Gerimis dan Pelangi - Upenyu (Revius Garapan Unsur Perlambangan yang Sesuai oleh Ridhrohzai)
4. Kalau Sudah Restu - Uculer
5. Buta - Kamalia

 

p/s TAHNIAH Tok Penyu di atas tersiarnya karya Surat Cinta Therasia di majalah Mingguan Wanita bertarikh 06 Januari 2010! (Terima kasih Ridhrohzai yang memberi tip pada saya)

Baca perbualan