Kenapa mesti ada Diskriminsi...
Assalammuailaikum dan salam Sejahtera kengkawan. Is doakan semua kawan-kawan Is sihat disamping orang yang tersayang. Dah lama tak menulis kat blog nie. Bukan apa busy sikit la dengan keje dan kesihatan yang tak memuaskan. Lama Is tak tengok blog saya nie. Minggu nie Is kerja malam so aktiviti utama kat rumah adalah tidur. He he he.. bestnya dapat tido. Tapi Siang tadi tak leh nak tido la. Panas sangat kot. Dah bangun mandi 2-3 kali pun masih panas.
Dalam-dalam tak boleh tido tadi is bersembang la dengan kawan-kawan dekat YM dengan Skype. Macam-macam topik la yang kami sembangkan. Ada satu cerita yang membuatkan Is agak emosional sedikit. Ada la seorang seorang hamba Allah nie pasangan hidupnya bukan warga Malaysia. Dari Negara Bangladesh. Tetapi ramai yang kecam dia kerana tidak berkahwin dengan rakyat melayu. Kesian dia kena kutuk. Kalau ya pun nak beri pendapat. Jangan la sampai melukakan hati Hamba Allah tu. Seharusnya Zaman yang serba maju dan canggih nie sebagai seorang yang diberi pendidikan sempurna oleh keluarga masing-masing. Anda sudah tahu berfikir secara waras. Kenapa masih ada orang yang berfikiran kolot sebegini pun Saya tak faham la. Kenapa bila bertanya harus gunakan “ bangla tu kerja ape” or pape soalan la. Bukankah lebih manis kalau kita bertanya dengan mengunakan Ayat yang lebih manis contohnya Suami/ teman lelaki awak kerja ape?
Kalau sahabat tu berkahwin dengan Orang Inggeris ke? Semua bangga bertanya. Sedangkan mereka pun orang asing juga. Tetapi kalau sahabat handai atau saudara berkahwin dengan bangsa bangladesh, indonesia, dan sebagainya mereka dipandang rendah dan cukup hina. Sebabnya kerana mereka datang ke Malaysia nie sebagai perkerja. Dan kebanyakan mereka bekerja menjadi buruh kasar dan sebagainya. Cuba kalau anda berkerja diluar negara anda juga dipandang sebegitu rupa. Anda nak kata mereka jahat dan sebagainya. Tapi pernahkah anda terfikir bangsa melayu jugak sama sahaja.
Dalam akhbar banyak yang keluar orang melayu merompak, merogol, kes ragut dadah. Mana perginya maruah bangsa sendiri dimata bangsa asing. Dalam dunia nie semua manusia sama. Tak ada pulak yang dilahirkan darah yang mengalir berwarna putih atau biru. Tak kisah la ape pun perkerjaan mereka. Sekiranya rakyat kita nie rajin berkerja mungkin negara kita takkan dibanjiri bangsa asing nie. Saya tidak menangkan sesiapa. Tetapi berfikirlah sebelum mengeluarkan kata-kata. Kalau tidah tak kan ada perumpaan “ lidah setajam pisau” yang mampu mengguriskan hati sesiapa saja kalau kita tersalah mengeluarkan kata-kata.
Kepada Anda yang selalu memandang rendah pada orang. Saya nak anda fikirkan semula dan cermin-cerminkanlah diri. Tak ada manusia yang sempurna. Walaupun dia seorang raja. Sedangkan Nabi juga membuat kesilapan inikan pula kita manusia biasa. Kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita ada. Dan kalau tiada bangsa asing tu Negara kita tidak akan pesat membangun seperti sedia ada. Jadi Cerminkan diri dan Firkir- fikirlah secara positif. Buat Hamba Allah itu. Saya doakan Perkahwinannya Bahagia Sampai ke Akhir hayat. Jangan diikutkan kata orang. Dan Percayalah Jodoh pertemuan Qada dan Qadar adalah Urusan Allah. Tiada seapa manusia pun dimuka bumi ini boleh menidakkan perkara sedemikian.
|