Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

--Pasangan vs Kawan Baik--

  • adra
  • 14 years ago
  • 1,450

 

Adra tiba-tiba terfikir fasal topik ni. Rasanya macam dah lama kot, tapi tak terluah. Cuma banyak memerhati. Jadi kalau boleh nak kongsi pendapat dengan ahli kapasitor yang kebanyakannya dah temui pasangan. Sebenarnya macam ni ceritanya. Adra mula buat teori lah konon, mungkinkah soal pasangan pun sama seperti soal kawan baik?

Apa yang Adra perasan, biasanya dalam hidup Adra kawan-kawan baik adalah orang yang tak disangka-sangka untuk jadi kawan. Senang cakap, mula-mula macam tak berapa suka, tapi lama-lama serasi. Tertanya-tanya jugalah.. Macam tu juga ke dalam bab pasangan? Cuak juga tapi tengah cuba meneutralkan diri dengan teori tu. Apa orang cakap, jangan benci sangat kan? Tapi setakat ni tak benci orang pun.

Lagi satu bab pasangan ni, kontra. Kebanyakan kawan-kawan Adra yang banyak cakap dapat pakwe atau suami yang jenis diam. Memang kebiasaannya macam tu ke? Adra saja buat blog ni. Untuk kongsi dengan kapasitorian lain apa yang Adra rasa dan musykil. Mungkin pengalaman boleh dijadikan perkongsian. =) 

Baca perbualan