Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Menilai semula "Sayfull" oleh indra0579

 

“…maaf, saya kira tidak keterlaluan jika saya katakan ia lebih kepada sebuah adaptasi. satiranya tidak disembunyikan secara berkesan. Ridhrohzai..”

Cerpen yang ditulis berdasarkan kisah benar bukanlah satu perkara baru. Semua pengarang pernah menulis cerpen berdasarkan kisah nyata, samada melalui pengalaman sendiri atau pun pengalaman orang lain ataupun kejadian tertentu yang dilihat oleh si penulis.

Membaca  cerpen bertajuk “Sayfull” oleh indra0579 yang diangkat dari sebuah kisah nyata, terus terang saya kecewa. Sebab cerpen tersebut sama dengan cerita asalnya. Isi cerita, alur cerita, semuanya sama. Selain itu, cerpennya pun disampaikan dengan gaya yang biasa-biasa saja.

Sebenarnya, dalam mengangkat sebuah kisah nyata ke dalam cerpen, bagaimana teknik menulis yang baik? Secara umum, tekniknya sama saja dengan teknik penulisan lainnya. Yang perlu diingat adalah: kisah nyata tersebut hanyalah sebuah idea. Sebagai idea, kita bebas mengembangkannya. Boleh sahaja kita ubah ceritanya, ditambahi, dikurangi, dan seterusnya, semua terserah kepada kita. Tak ada yang melarang.

Bukan bererti kita tidak boleh membuat cerpen yang isinya sama dengan kisah nyatanya.  Memaang boleh. Yang saya maksudkan adalah kita jangan sampai berfikir bahawa cerpen yang kita tulis tidak boleh merubah sedikit pun kisah nyatanya. Sebab kisah nyata berkenaan bukanlah sebuah sejarah.

Langkah-langkah yang boleh saya cadangkan kita lakukan dalam mengubah sebuah kisah nyata menjadi cerpen adalah seperti berikut;

Carilah bahagian dari kisah nyata itu yang kita anggap menarik. Bahagian yang kurang menarik, atau tidak menarik sama sekali, lupakan saja. Mendalamkan lagi bahagian yang menarik tersebut, lalu kembangkan ceritanya sesuai keinginan kita. Kalau perlu, carilah sudut pandang yang unik, agar ceritanya menjadi lebih bagus.

Setelah itu, kita mula menulis cerpennya. Saat menulis ini, kita sudah boleh membuang jauh-jauh si kisah nyata tersebut. Lupakan saja. Sekarang kita sudah mempunya idea seperti point ke-3 di atas.

Yang juga penting, jangan merasa terbeban oleh hal-hal yang melekat pada kisah nyata tersebut, sebab kita boleh mengubah semuanya sesuka kita. Sebagai contoh, si pelaku pada kisah nyata adalah seorang lelaki atau pelajar atau VP, ketika diubah jadi cerpen, tukar wataknya, kita ubah jadi wanita, pekerja atau Datuk, Pengarah Syarikat. Lokasi kisah nyata ini terjadi di Pulau Pinang, diubah ke Johor bahru atau Tokyo, LondonDan seterusnya. Ini semua boleh-boleh saja. Asalkan cerita yang kita buat tetap logic, masuk akal dan menarik.


Semoga bermanfaat.


Baca perbualan