helpHelpfeedbackFeedback  Register
http://www.kapasitor.net/community/
Welcome Guest
Not a member yet? Join us.
Login if you already have registered.
Anime  Books  Concert  Gossip  Jokes  Movies  Music  Theatre  Video  

Dari Jemapoh Ke Manchestee -Revisited
Komuniti: Movies | 17/02/2010 | 00:02:18 AM | 155 Views
Share

Dari Jemapoh Ke Manchestee -Revisited

 

Aku baru lepas menonton semula Dari Jemapoh ke Manchestee karya dan arahan Hishamuddin Rais.

Fuhh!!! dah dekat 10 tahun dari saat akhir aku tengok cerita ni. Aku tetap menyukainya!

 

Bagi sesiapa yang belum pernah tengok cerita ni, aku bagi sikit sinopsis la:

Ia menceritakan tentang Mafiz dan Yadi, dua orang sahabat baik(yang kurang ilmu pengetahuan- nak pegi Manchester naik kereta!) yang ingin keluar dari kebosanan hidup di kampung, dan menuju ke Manchester! mereka sungguh bersemangat dan berkeinginan. Selepas 'meminjam' kereta pak Ramli yang mereka baiki, mereka meneruskan perjalanan ke Manchester(disebut Manchestee oleh mereka).

Sepanjang perjalanan, berbaga masalah, konflik dan ragam masyarakat mereka temui. Mereka juga menemui kawan baru dan banyak belajar mengenai persahabatan dan sikap masyarakat sekeliling.

Ia sebuah cerita yang 'simple' tapi amat baik dari segi penceritaannya. banyak simbolik dan perlambangan yang sengaja di paparkan oleh pengarah. Walaupun agak ganjil, tetapi ia bagai teka-teki untuk penonton merungkaikannya sendiri.

Sinematografinya cemerlang, kesinambungannya amat baik. Lakonannya bersahaja(tak nampak berlakon) dengan skrip dan dialog yang jujur dan lucu.

Kesimpulanya,, Walaupun filem ini tidak menggunakan pelakon-pelakon yang terkenal(mahal), tiada kesan khas, dan sederhana, ia dapat memberikan kepuasan kepada aku, kerana jalan ceritanya yang sempoi, dan dipersembahkan dengan cara yang sempoi!

Aku petik sikit dialog dari filem ini,

Yadi : "takkan sampai Liverpool kau tak nak cakap dengan aku? dah berapa lama kita kawan?"

....

Mila : "kat sekolah dulu tak belajar geografi ke?"

....

Mafiz : " kau jangan hina Felda !"

...

Mila : "Mungkin kat tempat ni takde kedai buku!"

Yadi : " mana kau tahu?!!"

Mila : "fikirlah!!"

 

"Jemapoh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!  Bodoooooooooooohhhhh!!!! ~ Yadi

O.k! chow!

 

 

 


author
Kurusawa
My.Kapasitor
Add as friend
Send Message
share
bloglinesRedditStumbleUpontechnocratiYahoo
DeliciousdiggFacebookGoogleNewsvine

my other posts
Menggapai Magis! Puisi:Dayya; Lagu: Kurusawa
Hikayat Siti Bidaah
Montage Tema MPA KK1 UM 2005
Yang Mana Satu Idaman Kalbu(P.Ramlee's Cover) - Kurusawa&Rizzy
laguPuisiTentangHatiAkustik -Tribute to Paktam
JAUH. Lagu&Lirik: Kurusawa
DRAIN. Puisi: Mosh; Lagu: Kurusawa.
View all


Permalink | Top


Comment
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

jadual aktiviti bulan julai
Jadual penuh

iklaneka
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan Kapasitor
Iklan Tshirt
muat turun
Ringkasan Panduan Penulisan & Menghantar Karya
Aku Budak Setan: Nazihah (Versi Sopan)
Unwritten
Akhirnya Jo Sudah Tahu
Iklan di sini RM1/sehari

31 Julai: Borak Foto bersama Shaiful Rizal