Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

ROAD TRIP #1 - IPOHHHH!

  • mosh
  • 14 years ago
  • 760

 

Berikut adalah sekitar gambar-gambar road trip pertama Futsal Asia Magazine pada 13/02/2010 tempoh hari :

Matlamat Utama : promosi majalah & jualan serta rundingan meletak majalah di Sports Planet Ipoh untuk Jualan dan membuat liputan pertandingan EQUNOX FUTSAL 4FUN 2010 pada hari tersebut.

Matlamat Sampingan :   1) Bertanding tanpa target tinggi (sekadar no 1..haha..bongkak sungguh)

                                   2) Jalan-jalan, kot-kot ada masa boleh gi mandi mande ke..huhu

Bertolak setelah tak sedar diri melengah-lengahkan masa 4am. Kenderaan van putih yang ditampal DIY FutsalAsiaMagazine sticker (eh tak..tampal pakai selotep). Terasa macam A-team sekejap.

1 VAN, 8 ORANG, 2 CAMERA, JERSI, BOLA, 200 MAJALAH , BUNTING..off we go!



Setelah aksi tolak menolak dan lakonan impromptu (konon2 tak pandai bawak van), maka saudara GOBI dipaksa pandu uji van sehingga machap sebelum bertukar tangan kepada  FIR DAUS C.

Biasalah manusia merancang, tuhan menentukan. Kalaulah van ni bawak roti gardenia nescaya aku sapu jem. Traffic jem sgt mencengkam punggung, panjang mengalahkan usus-usus 3000 manusia (ok aku lebih2).  Maka cerita pendek, kami sampai lewat 12.30pm, 4 jam dari ETA (estimate time of  arrival). Highway jem, jalan dalam jem. What to do, ayam mematuk itik menyudu. CNY mmg mcm gini lah jem kot.

Rupenye bukan kami sahaja, penganjur memberitahu, ada ramai team yg tak sampai2.

Oklah, matlamat utama di utamakan. Bukak booth jual majalah. Haha. Snap, snap , snap untuk issue 2.

(kelihatan crew asalnya untuk bertanding dikerah utk jual majalah..haha)


(ref dari kl yang baik enter frame nih)



(sorang beli, pas2 bukak library bergerak haha..thanks guys)

Untuk liputan event, kena lah dapat issue 2 FUTSALASIA nanti ok.

Oleh sebab gian nak main, team sports planet sudi frenli lepas pertandingan tapi saat akhir cancel. So untuk mengubat kekecewaan dan pasal dah bawak kasut n jersi seme, maka kami pun decide lets go to kl n lawan la sapa-sapa. Selepas sesi telefon sana telefon sini, to kajang Sports pLanet here we go. Berhenti RNR Tapah untuk mandi dan shoot to kajang.


(kat Tapah RNR pas mandi nak ke Kajang..lengah2 masa plak tu dah la tak tau jalan)

Ok pendek cerita lagi, sesat dan lambat lagi. Huhu. Apasal SP kajang ni ceruk sangat? Tapi dapat gak frenli walaupon lewat dan bayar lebih. Habis main trus bertolak ke melaka untuk berjumpa seorang peminat/pemain futsal yang bersemangat nak jadi pengedar majalah kami. Jumpa kat tol air keroh lebih kurang 2.30am.

Sessi terakhir adalah makan asam pedas di mana tah aku pon lupa kat melaka tu. Besh gak ( atau kebulor kot..huhu)

Sampai JB 7.30am. Alhamdullillah pergi balik selamat, road block kantol pun lepas (berkat tag futsalasia crew huhu agaknya)

Ok walaupun tak dapat bertanding, misi utama tercapai. Tak sabar untuk road trip kedua. Kat mana pulak ya??




for more:  This is futsal, this is life!

Baca perbualan