Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

10 : tentang Cahaya Kekasih

 

assalamulaikum...

 

err..ape nak tulis ni? huhu...cahatomic kata saya patut bagi intro melihatkan tahap keaktifan saya agak aktif (kat mana yang aktif tu tak tahu la...saya baru post 2 puisi dan 3 artwork je :P )~~

 

1. nama sebenar saya (tak perlulah diletakkan di sini kan? yang penting bukan Nur Habibah ye) bermaksud Cahaya Kekasih..dan itulah nama yang saya guna untuk kerja-kerja seni saya....

2. umur saya 23 tahun (tahun 2010)

3. saya tak sambung belajar mana2 lepas SPM....dan tak bekerja atas sebab2 yg tak dapat dielakkan.

4. saya bermula dengan menulis cerpen lepas PMR dulu (satu je pun macam la banyak...huhu...tulis main2..)..cerpen tu diterbitkan dalam majalah Fokus SPM edisi September 2003. lepas tu ada tulis satu lagi cerpen dengan bimbingan cikgu2 yang lebih berpengalaman tapi tak pernah keluar mana-mana pun. malas nak tulis lagi dah...sebab malas nak fikir jalan cerita dan mungkin sebab saya agak cerewet dalam membaca cerpen atau novel jadi saya tidak berpuas hati dengan ayat sendiri =_=!

5. cuba buat puisi pertama (mungkin juga bukan puisi....huhuhu) pada 12 oktober 2002..kemudian cuba tulis satu lagi Jun 2003 (juga sangat lemah =_=!)...puisi yang boleh dipanggil puisi (benar2 puisi??) lahir pada 13 oktober 2003..kemudian terus menulis tapi tak selalu (hanya 21 karya sehingga tahun 2008~~sungguh tak produktif sehingga ada amasanya hanya satu puisi setahun....) .....kembali berkarya pada ogos 2009 (terjangkit aura facebook Mawar Marzuki yang sedang bermarathon 365 puisi~~hari2 kena tag!!!)...maka tirai 2009 dilabuhkan dengan 28 karya pada 31 disember ( semoga tahun ini lebih produktif :P)

6. i paint my brain, i write my heart; ART IS MY LIFE! ...mula bermain dengan kertas dan warna tahun 2004 (hanya abtract...dulu kelas seni kat sekolah cikgu yang lukis dan warnakan...huhu..tak reti langsung!) lepas2 tu buat kad untuk bagi orang....tak berani lukis macam-macam (rasa macam tak reti)...tapi tahun 2009 segalanya berubah. sekali lagi terjangkit aura seni pelukis-pelukis di facebook...tangan cuba melakar pelbagai bentuk...tak serupa dengan yang asal...tapi boleh la...artists kata ia naive art (ye lah kot :P).

7. saya sedang cuba untuk menjadikan seni ini satu pekerjaan..ada juga buat handmade card kalau ada permintaan..masih mencari peluang dan ruang..pelan2 kayuh...karya2 saya semua ada di facebook dan blogspot...nanti saya uploadkan di sini juga kalau boleh...kalau ada yang sudi tengok... :)

8. saya dapat tahu tentang kapasitor dari kawan sekolah...tapi saya tak tahu dia sudah ada account di sini ke tak...rasanya ada (baru buat).

9. saya orang Johor >_o

10. saya GILA BUKU! suka membaca tapi tak dapat nak tekun....suka karya Faisal Tehrani dan Ramlee Awang Murshid.

 

maaf kalau entri ini agak panjang....dan berbelit2 :P

sekian, terima kasih.

 

~cahaya kekasih~

Baca perbualan