Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Panduan Hebat Untuk Memulakan Kehidupan Kapasitor!

 

Atau jika diterjemahkan kepada Bahasa Inggeris; “The Great Guide To Start Your Kapasitor Life!”. Wah tajuk, melampau hebat sampai boleh jadi tatahan!! . Hehehe.

Panduan ini adalah untuk mereka yang baru mahu berjinak-jinak dengan Kapasitor, tapi ragu-ragu atau tidak tahu apa yang boleh dilakukan. Pada yang dah lama menggunakan Kapasitor (dalam usia seminggu atau sebulan) mungkin sudah amat arif, maka bolehlah diabaikan. Nah, bacalah wahai pengguna baru! :D 


Pengenalan:

Jika aku hendak memberikan definisi untuk soalan “Apa itu Kapasitor?”, jawapan aku senang sahaja. Tempat bersosial orang yang berminat dengan seni. Tak kiralah samada anda minat seni tulisan seperti puisi, cerpen, atau novel; atau seni gambar dan lukisan; atau seni muzik. Tak kiralah samada anda seorang yang berbakat seni atau tidak.

Anda suka membaca? Anda suka menulis? Anda suka melihat gambar? Lukisan? Anda suka berkenalan? Anda suka berborak? Anda sangap? Anda sedang kecewa dalam percintaan? Mahu mencari jodoh baru? (eh?) :P

Nah, Kapasitor adalah tempat untuk anda. Jangan malu, jangan segan – kami tidak membunuh mahupun memakan orang. Jika hidup anda terasa kosong, bosan, dan sangap; mungkin anda perlukan Kapasitor untuk membangkitkan semangat kejantanan/keperempuanan anda?

Nota: Setakat panduan ini ditulis, di dalam Kapasitor - seni yang paling glamour adalah seni penulisan.


Jadi Macam Mana Saya Mahu Bermula?

Senang saja tu! Mula-mula, daftarkan akaun anda. Pandang ke kanan atas dalam skrin anda. Nampak word “Register” berwarna oren? Tekan di situ!

Anda akan dibawa ke satu borang. Isikan username (nama yang anda mahu dipanggil di dalam Kapasitor), password, email, dan language anda, dan klik Register!

Selepas anda telah mendaftar, log masuk ke dalam Kapasitor menggunakan akaun anda. Masukkan username, password, dan tekan submit!

Nah! Kehidupan Kapasitor telah bermula!


Apa Seterusnya?

Aha, di sini yang selalunya memeningkan. Orang baru mungkin mengambil masa sedikit untuk biasa dengan struktur sistem Kapasitor ini. Maka, apa seterusnya anda perlu lakukan? Ikuti langkah berikut..


1) Lengkapkan profail diri anda:

Seperti anda mula bermain Facebook, MySpace atau Friendster, lengkapkan profail anda supaya orang lain boleh mengenali perwatakan anda. Adakah anda mahu dikenali sebagai seorang lelaki suci seperti Cahatomic? Atau anda mahu dikenali sebagai seorang yang hensem seperti Paktam? Mungkin sebagai seorang gadis hot yang telah berkahwin seperti NJay? (eh?)


Tidak tahu bagaimana? Cuba ikuti langkah dalam screenshot di bawah (jikalau kecil sangat, klik pada gambar):

kapa1

 

Anda boleh juga meletakkan 1 gambar sebagai avatar atau simbol anda, dan meletakkan gambar-gambar tambahan hensem dan cun anda dengan mengklik “Upload Photos”.

Anda juga boleh meletakkan data tentang sekolah, kolej, hari jadi dan lain-lain sebagai maklumat tambahan dengan mengklik pada tab yang berkenaan seperti dalam gambar.


2) Tambah kawan-kawan anda:

Tidak bermakna jika anda membuat akaun tapi tidak menambah kawan-kawan anda bukan? Mungkin cara pertama anda mengetahui tentang Kapasitor adalah dari kawan anda. Tanyakan apakah link profail beliau. Beliau akan memberikan anda link yang lebih kurang begini:


           http://www.kapasitor.net/my/


Contohnya, jika anda mahu melihat profail aku, linknya akan menjadi..


           http://www.kapasitor.net/my/rearrange


Haa begitulah. Bila anda telah mengklik link tersebut, anda akan nampak profail yg telah dilengkapkan seperti dalam langkah #1 diatas. Contoh profail aku:

kapa2

 

Anda nampak link yang telah dibulatkan dengan warna merah? Klik di situ! Anda akan dibawa ke link seterusnya seperti imej di bawah:

kapa3

Tulislah ayat-ayat yang menggoda dan kemudian klik butang “Send Request”. Setel!


Tip Hari Ini: Anda boleh melihat profail ahli-ahli Kapasitor yang lain dengan macam-macam cara. Cara yang aku suka adalah menggunakan Live Feed seperti berikut..

kapa4

 


Wahh!! Banyak betul link untuk melihat profail orang lain dan menambah kawan! Menarik! Bukan sahaja link untuk melihat profail, jika ada karya baru yang dihantar, boleh tahu dekat sini juga. Ini menyenangkan juga untuk anda membaca karya yang paling baru, menyenangkan anda keep track komen-komen yang diberikan, juga menyenangkan anda untuk mengetahui apa yang berlaku dalam Kapasitor.

Sampaikan orang yang baru mendaftar pun akan terpapar di sini!

Satu perkara yang anda perlu tahu, ahli-ahli di Kapasitor adalah ramah belaka. Jangan takutlah kalau friend request anda ditolak - itu adalah perkara yang berani aku katakan tidak pernah terjadi. Kalau anda rasa karya yang anda baca adalah menarik, dan anda berminat untuk mengikuti penulis tersebut supaya boleh mengetahui karya beliau yang seterusnya di masa hadapan, tambah sahaja kepada senarai kawan-kawan!

 

3) Membaca, mengkomen, memberi rating..

Inilah yang paling seronok sekali untuk dilakukan! Kini profail anda telah pun lengkap, kawan-kawan pun makin banyak, tibalah masa untuk menggembirakan diri dengan membaca dan menatap hasil seni sepuas hati!

Klik sahaja pada link Creative Content di atas kiri (baris berwarna biru), pilih bahasa (Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Bahasa Indonesia) atau pilih Artworks/Music. Kemudian jelajahlah kepada setiap seksyen - puisi, novel, cerpen dan pelbagai lagi!

Jika ada cerita yang anda rasakan menarik, tinggalkan komen anda! Jika ada cerita yang anda rasakan boleh diperbaiki, berikan cara-cara untuk memperbaiki. Jika cerita itu bernilai 4 bintang, berikan bintang tersebut pada ruangan sebelum komen.

kapa5

Apa yang penting, hormatilah setiap orang. Seperti dalam laman-laman sosial yang lain, penggunanya bukan kamu seorang. Pelbagai ragam, pelbagai cara, dan pelbagai perangai orang dapat dilihat dan dipelajari. Asalkan kamu menghormati setiap orang, tidak ada masalah akan timbul. Berfikiran terbukalah bila menghadapi orang ramai yang berbeza setiap satunya.

Lagipun, bukankah itu yang membuatkan kehidupan kita bertambah menarik? ;)

Bersambung di dalam episod yang kedua: Panduan Hebat Untuk Berinteraksi di dalam Kapasitor - Shoutbox, Chatroom, Private Message, Community?

P/s: Jika ada perkara yang hendak ditanyakan, sila letakkan di dalam komen. Nanti boleh jadi entry baru ni!

Baca perbualan