Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Panduan Hebat Untuk Berinteraksi Dalam Kapasitor: Episod 2

 

Untuk episod sebelumnya, klik sini.

Aha! Kembali lagi dengan Siri Panduan Hebat Untuk Kehidupan Kapasitor. Kini kita berada di episod kedua di mana aku akan menerangkan fungsi segala macam kemudahan untuk berinteraksi dalam sistem Kapasitor. Ada pemberitahuan melalui emel, ada ruang berbual, ada kotak pekik, ada mesej persendirian, ada status pembaharuan..

(Err lawak juga bunyinya jika segala benda diterjemah. Haha. Aku campur2 sajalah ya?)

 

Segala kemudahan inilah yang membuatkan Kapasitor unik, dan menyeronokkan!

 

Sudah bersedia dan log masuk? Baiklah, mari melompat terus ke titik! (let's jump straight to the point!.. err..)

 

1) Pemberitahuan Emel (Email notification)

Secara default, emel akan dihantar kepada anda setiap kali sesuatu berlaku yang melibatkan anda. Jika ada permintaan kawan (friend request), komen baru pada setiap karya anda, karya baru yang kawan anda hantar, status pembaharuan (status update)... semua-semualah!

 

Contohnya seperti gambar di bawah:

kapa6

 

Setakat ini, Kapasitor cuma memberikan fungsi samada anda mahu menerima emel seperti ini atau samada anda tidak mahu menerima apa-apa emel. Tiada lagi fungsi tapis (filter) emel yang mana anda mahu, dan yang mana anda tidak mahu. Mungkin pada masa akan datang, tapi aku tak berjanji, kerana terpulang pada tuan pembina Kapasitor.

Untuk menutup (disable) fungsi pemberitahuan emel, lihat gambarajah:


kapa7

 

2) Ruang Berbual (Chatroom)

Jika anda bosan dan mahu berbual dengan ahli Kapasitor yang lain, cubalah sertai Chatroom!. Kadang kadang, ramai yang sertai maka bolehlah berbual dan berborak sampai lemas. Cahatomic selalunya ada menjadi penjaga ruang berbual ini dan beliau sangat ramah tamah. :P

Cuma klik di “More” > “Chatroom” > Pilih salah satu Room seperti gambar di bawah (Oh! Gambar ditangkap semasa pukul 3 pagi, maka tiada orang lagi!):

kapa8

Tip Hari Ini: Jika anda mahu melepak di ruang berbual sambil membaca karya-karya, cuba buka ruang berbual di dalam tab yang lain. Contohnya jika anda menggunakan Mozilla Firefox, anda klik sekali pada link More sehingga keluar link Chatroom. Kemudian right-click pada perkataan Chatroom, dan Open in New Tab.

 

3) Kotak Pekik (Shoutbox)

Apakah perbezaan kotak pekik dengan ruang berbual?

Kotak pekik boleh tinggalkan mesej pada bila-bila masa, seolah-olah meninggalkan nota Post-It. Komunikasi terjadi secara sehala sahaja. Jika orang yang kita hendak berkomunikasi tidak masuk dalam Kapasitor, tinggalkan mesej dalam kotak pekik beliau dan beliau akan mendapat emel memberitahu ada mesej yang ditinggalkan di dalam kotak pekik.

Ruang berbual pula adalah real-time chat di mana sesiapa yang ada pada masa itu boleh terus membalas dan berbual secara maya, maka komunikasinya adalah dua hala.

Kotak pekik hanya boleh diakses pada profail pengguna tersebut (lihat episod pertama untuk mengetahui cara mengakses profail). Secara jujurnya, saya jarang menggunakan kotak pekik. Namun digabung dengan fungsi pemberitahuan emel, ianya berguna juga jika ada orang yang mahu mencari saya di Kapasitor ataupun memberi ucapan selamat hari jadi ;)

 

4) Mesej persendirian (Private Message)

Apakah perbezaan mesej persendirian dengan kotak pekik?

Setiap nota dan komen di kotak pekik boleh dibaca oleh umum, manakala mesej persendirian tidak boleh. Secara teknikalnya, mesej persendirian hanya boleh dibaca oleh pengirim dan penerima. Tuan Punya Kapasitor pun tak boleh baca sebenarnya! (eh ye ke? :P)

Jadi, jika anda mahu meninggalkan nombor telefon anda kepada gadis yang menulis puisi cinta yang menyayat jiwa kelelakian kental anda, hantarlah mesej persendirian. Caranya sama juga, dari profail pengguna tersebut, klik Send Message.

Psst... saya dulu berjumpa dengan jodoh beginilah! Eh? :kohkoh


5) Status Pembaharuan (Status Update)

Apakah perbezaan status pembaharuan dengan kotak pekik?

Kotak pekik adalah untuk orang memekik kepada anda. Status pembaharuan adalah untuk anda memekik kepada orang lain. Dengan kata lainnya, jika anda rasa kenyang, marah, emosi, gembira, sedih, atau apa-apa sajalah yang anda mahu beritahu pada dunia – tuliskan pada status pembaharuan.

Caranya amat mudah. Log masuk, skrol ke bawah. Nampak kotak seperti gambar di bawah?

kapa9

Isikan perasaan anda atau apa sahaja yang mahu dijeritkan kepada dunia Kapasitor dan klik Set Status. Itu saja!

 

6) Profail Pengguna Anda

 

Sebagai konklusi, anda boleh menggunakan segala jenis kemudahan komunikasi dan mengakses setiap fungsi tersebut dari profail pengguna. Lihat gambarajah di bawah:


kapa10

 

Kemudahan yang diberikan ini tidak semestinya ada kekangan (limitation) semasa menggunakannya. Contohnya untuk kotak pekik, ada juga pengguna Kapasitor yang menggunakannya sebagai tempat beramah mesra atau tempat berkenal-kenalan. Ada juga yang gunakan seperti ruang berbual. Status pembaharuan juga digunakan untuk berkongsi maklumat. Terpulanglah kepada kreativiti masing-masing.

Nah, adakah anda masih lagi mepunyai kegembiraan? (Are we having fun yet?! ... )

Bertemu lagi dalam episod akan datang – Panduan Hebat untuk Berseni dalam Kapasitor: Episod 3; Creative Writing, Community, My.Kapasitor?

 

P/s: Kalau lah aku boleh menulis technical paper sebegini kan bagus.. dah lama siap kerja aku... ehehehe :P

Baca perbualan