Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Panduan Hebat Untuk Berseni dalam Kapasitor: Episod 3

 

Klik untuk Episod 1 dan Episod 2.

Hoyeah! Ini adalah siri finale untuk Siri Panduan Hebat Kapasitor. Adakah anda telah mendaftarkan diri, membaca dan bersosial sepuas hati? Adakah tangan anda sudah gatal-gatal hendak berkarya, menghantar cerita, puisi atau novel? Ataupun anda sudah menghasilkan gambar atau lukisan? Atau mungkin anda hanya mahu menulis apa-apa yang boleh untuk mengurangkan kegatalan di tangan?

Tetapi anda tidak tahu bagaimana untuk menghantar? Ah...mari aku ajarkan!

1) My.Kapasitor:

Bertepatan dengan namanya, My.Kapasitor adalah ruang anda. Disinilah anda menerima tambahan kawan baru, disinilah anda membuat profail anda, dan disini jugalah anda menghantar karya seni anda!

Klik pada link berwarna jingga yang menunjukkan Dashboard, kemudian My.Kapasitor, kemudian Creative Content. Seperti biasa rujuk gambarajah:

kapa11

Kemudian, berikan tajuk untuk karya anda, dan letakkan karya anda di kotak yang disediakan.


kapa12

Selepas itu klik butang Preview atau klik pada tab Preview. Pilih genre karya anda, pilih lesen Creative Common, dan hantar. Akan timbul rupa seperti dibawah:


kapa13

Aha, apa nak pilih untuk Creative Common tu ya? Ini adalah salah satu perkara yang memeningkan pengguna baru. Sebenarnya, ini adalah lesen untuk anda menerbitkan karya anda di laman web. Dengan adanya lesen, jika ada orang yang meniru atau menerbitkan karya anda tanpa kebenaran, anda boleh menyaman mereka! :D

Kalau tanya aku, aku sendiri pun kurang faham dengan semua lesen. Apa yang aku faham, non-commercial tu, maksudnya karya yang diterbitkan di Kapasitor tidak akan dikomersialkan atau diterbitkan di tempat lain, contohnya di majalah atau surat khabar. Dan selalunya jika majalah atau surat khabar mahu menerbitkan karya tersebut, karya yang telah diletak di laman web perlulah dikeluarkan.

No derivative maksudnya tiada diceduk dari mana-mana sumber lain. Jika karya itu dibuat sepenuhnya secara sendiri, itu tiada masalah.

(Jika salah sila betulkan ya siapa-siapa yang lebih arif)..

Tak tahu nak pilih yang mana satu? Pilih sahaja “Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia”. Apa yang penting, Kapasitor adalah tempat untuk bermula dan belajar. Salah, tidak kami hukum. Betul, kami puji dan suka. Tiada kongkongan asalkan peraturan diikut sebenar-benarnya.

(Iyalah, kalau tiada peraturan kang keluar pulak cerita lucah di Kapasitor. Oh tidak! Tidak boleh itu!).

Nah, senang kan untuk menghantar karya? Jangan takut-takut untuk menghantar karya, lepaskan segala kreativiti dan inovasi di Kapasitor! Yeahhh!! :D


Tips Hari Ini: Berhati-hati bila anda “tiru dan tampal” (copy paste lah!) dari Microsoft Word, Open Office, ataupun apa-apa perisian menulis yang lain; selalunya format, spacing, atau perenggan boleh lari! Jika boleh, tulis dalam spacing “Single”, font Tahoma, Arial, Times New Roman atau Verdana, dengan saiz 10 atau 12. Ini adalah font yang cantik, clear, dan terang.

Bila mahu memulakan perenggan, tekan tab sekali sahaja jika mahu indent kedalam, dan tekan Enter sekali sahaja juga. Jika dua kali, bila dicopy-paste, jarak antara perenggan nampak terlalu besar!

Oh, adakah anda tahu anda boleh paste dari Microsoft Word dan mengekalkan format tulisan anda dengan mudah? Tekan butang ini...


kapa14


Terakhir, selalu-selalulah menjenguk ruang My.Kapasitor. Anda boleh mengetahui status pembaharuan, tarikh lahir ahli-ahli Kapasitor yang lain, jaringan ahli-ahli Kapasitor (cuba teka siapakah yang mempunyai kawan paling ramai?), gambar-gambar ahli, dan juga kotak pekik.


Nah, cuba teka tarikh harijadi saya? Pasti anda akan dapat tahu kenapa saya selalu dipanggil Adeq oleh Johari dan rakan-rakan UTP saya yang lain... :kohkoh


kapa15


2) Creative Content dan Community:


Apa perbezaan antara Creative Content dan Community? Saya berikan penjelasan paling mudah; Creative Content ibarat novel, Community ibarat blog. Jika anda terasa ingin berkarya dan menghasilkan suatu mahakarya yang hebat, maka hantarkan di Creative Content. Jika anda ingin sekadar menulis, mengurangkan gatal-gatal tangan, meluahkan perasaan secara terus-terang, atau bercerita tentang apa yang terjadi (dalam bentuk terus), maka gunakan Community.

Itu sahaja perbezaan; dan ia adalah perbezaan yang sangat halus garisannya. Tidak apa jika tersalah, moderator kami boleh menolong, tak begitu Cahatomic? :P

Oh ya! Jika anda baru mendaftar, apa kata anda buat entri "10 Perkara Tentang Saya?" di Community? Mahu contoh? Seperti dibawah!

http://www.kapasitor.net/community/post/2656

http://www.kapasitor.net/community/post/3247

http://www.kapasitor.net/community/post/3065

3) Download:


Haaa jangan terkejut! Kapasitor juga ada menerbitkan majalah kompilasi karya-karya hebat hampir setiap bulan yang tersiar di Kapasitor. Untuk bahasa Melayu, Kapasitor ada Prasasti; untuk bahasa Inggeris, Kapasitor telah mula menerbitkan Kap-sule!

Dan siapa yang dapat melupakan karya agung Johari “Aku Budak Setan – Nazihah” ataupun novel menyentap hati Rukiahana - “Unwritten”? Itu juga boleh dimuat turun ke komputer anda! Klik More > Download untuk pergi ke seksyen Download.


kapa16


Jika dikenang-kenang, aku mula mengenali Johari dan Kapasitor dengan membaca “Aku Budak Setan – Nazihah” semasa di universiti; duduk di dalam gelap menghadap paparan komputer yang terang, membaca beramai-ramai dengan kawan-kawan serumah sambil bergelak ketawa apabila watak Jo membayangkan tembikai, sedih apabila watak Nazihah dikecewakan, geram dengan antagonis, takut dengan “cik Pon”... ah nostalgik sungguh!


Konklusi


Kapasitor hanyalah sebuah platform, sistem, dan laman web yang menjadi alat untuk kegunaan dan kemudahan kita semua untuk berkarya secara aktif tanpa perlu rasa malu. Tetapi, apa yang menjadikan Kapasitor ini amat menarik ialah ahli-ahlinya. Rasa hormat disemai, keyakinan dibangkitkan, kolaborasi dihidupkan, jodoh ditemukan (eh?). Tanpa anda semua, apalah Kapasitor – tak begitu?


Selamat bergembira di dalam Kapasitor! Anda semua memang batu! (You guys rock! Eh?)


Baca perbualan