Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Lelaki Curang Kurang Cerdik : Saintis

 

Lelaki yang tidak setia kepada isteri berkemungkinan besar tidak mempunyai
daya kecerdikan atau IQ yang tinggi
, kata saintis.

"Kesimpulan yang dibuat oleh saintis itu mungkin menarik minat penyanyi Cheryl Cole yang berpisah dengan pemain Chelsea, Ashley Cole," kata akhbar Daily Mail, semalam.

Pakar psikologi evolusi Kajian Ekonomi dan Sains Politik London, Dr Satoshi Kanazawa berkata, semakin cerdik seseorang lelaki itu semakin kurang kemungkinan dia menduakan pasangannya

Tanggapan biasa ialah lelaki selalunya cenderung untuk menjalin hubungan dengan beberapa wanita, berdasarkan evolusi sejarah.

Kanazawa, bagaimanapun, berkata golongan cerdik biasanya akan mengamalkan sesuatu yang bercanggah dengan tanggapan itu

Oleh itu dalam soal kesetiaan rumah tangga, lelaki yang tidak dapat berubah dan selalu curang lebih berkemungkinan dalam kategori "bodoh".

Kanazawa mengemukan hujah "lelaki lebih cerdik memberi keutamaan kepada "seks eksklusif" berbanding orang kurang cerdik.

Beliau juga berkata, hubungan antara kesetiaan dan kecerdikan tidak boleh mmbabitkan wanita kerana mereka sering kali setia kepada satu pasangan termasuk dalam keadaan "bermadu"

Penyelidikan Kanazawa yang disiarkan dalam jurnal Social Psychology Quarterly, juga mendakwa orang lebih cerdik kurang percaya kepada Tuhan atau memegang pendirian konservatif.

Beliau juga dapati remaja yang menganggap diri mereka "liberal" mempunyai IQ 106 manakala orang yang menganggap diri mereka "amat konservatif" memiliki IQ 95 secara puratanya - Agensi (Petikan : Berita Harian, 2/03/10)

KOMEN?? HEEE :D

Baca perbualan