Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Cerpen Yang Mendobrak Disiplin Penulisan Cerpen Mulai Membanjiri Kapasitor

 

Sebuah cerpen yang baik yang sering diterima umum harus memilik protagonisnya, hadirnya berperwatakan yang konsisten, wujudnya fenomena, adanya antagonis yang bangkit menentang protagonis, menyerlah konfliknya, wujud ketegangan yang menanjak ke klimaks dan berkesudahan dengan penyelesaian cerita yang bersifat tragis, sinis, sentimental, pedih, ceria dan bahagia.

Apakah cerpen-cerpen yang dihasilkan oleh kebanyakan penulis di kapasitor pada awal tahun 2010 ini telah kehilangan sifat-sifat yang dinyatakan di atas? Sekali imbas boleh dikatakan kebanjiran cerpen-cerpen di Kapasitor memperlihatkan seolah-olah satu perkembangan yang positif. Namun jika dilihat kembali kebanjiran ini sebenarnya agak merunsingkan saya juga hingga merasa begitu memualkan.

Menyaksikan kegelojohan penulis-penulis baru terutamanya yang begitu sewenang-wenangnya melanggar segala disiplin penulisan cerpen begitu membimbangkan sekali. Saya amat khuatir sekiranya Kapasitor dijadi tempat untuk melambakan karya-karya sampah. Saya berharap mereka yang menulis di Kapasitor tidak sekadar menulis semata-mata kerana mempunyai tempat untuk menulis, seharus telah terlebih dahulu mempunyai matlamat dan hala tuju sebenarnya.

Adalah wajar dan bijaksana seseorang penulis itu memahami dan menguasai landas penulisan dan pelbagai langgam dalam disiplin penulisan cerpen terutamanya sebelum terus melanggar hukum-hukum penulisan dalam usaha mencuba kaedah yang baru, melakukan inovasi dan eksperimen.

Sebagai contoh, pengarang mampan seperti Shahnon Ahmad, A Samad Said, Azizi Hj Abdullah, Fatimah Busu melaksanakan proses yang mengikut tahap perkembangan tahap penulisan terlebih dahulu sebelum meneroka sesuatu yang baru dalam usaha mencari kelainan dalam karya mereka.

Pengecualian kepada penulis seperti Kurusawa, Rizzy, Hulubalang dan beberapa nama lagi (yang tahu kenapa mereka berkarya), kepada penulis-penulis baru yang berhasrat membebaskan diri dari kongkongan disiplin ini dengan melakukan penyimpangan, wajarlah terlebih dahulu mempersiapkan diri dengan ilmu sastera, tatabahasa dan ilmu-ilmu bantu yang lain. Penyimpangan yang dilakukan merupakan pelanggaran yang berani, maka penulisnya haruslah berani menerima kritikan dan kecaman. Lazimnya penulis yang demikian menyerlah egonya, haruslah juga mempunyai kekuatan dalam diri untuk menghadapi cabaran. Lebih daripada itu, di luar kapasitor, haruslah memiliki keyakinan yang tidak sedikit kerana anda mungkin akan terpencil dan terlonta-lonta sendirian.

Di kapasitor sekarang ini hanya beberapa kerat sahaja penulis seperti Ridhrohzai, Adra serta beberapa orang lagi yang masih lagi mematuhi disiplin penulisan cerpen, yang mana terbukti hasil karya mereka ini tersiar di media arus perdana.

Penulisan ini walau bagaimanapun tidak bertujuan memperkecilkan peranan penulis-penulis sebegini kerana diakui mereka juga memainkan peranan dalam memberikan warna-warni dunia penulisan tanah air.Namun seperti yang saya nyatakan awal tadi pelajarilah dan kuasa dahulu ilmu penulisan yang sebenar. Jangan malu bertanya dan jangan mudah terguris bila ditegur.

Kepada mereka yang baru berjinak-jinak menulis, saya ingin melontar satu persoalan. Adakah anda benar-benar serius menulis atau sekadar suka-suka tanpa apa-apa matlamat? Kalau anda serius, hasilkan dahulu karya yang patuh kepada disiplin penulisan cerpen, hantar ke kapasitor saya sedia berkongsi sedikit  ilmu yang ada sekadar termampu, tetapi jika sekadar suka-suka.....

Ini adalah pandangan peribadi saya semata-mata dan tidak mewakili pandangan Kapasitor dan Kru-Krunya yang lain juga.

 

 


 

Rujukan: Penulisan Cerpen, Othman Putih, 2001

Baca perbualan