Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kapasitor MS: Buletin Mac 2010

 

Februari adalah bulan yang produktif! Tiada kaitan dengan gelombang hari kekasih pastinya.

K untuk Khamis, K untuk Kapasitor!
Semuanya bermula dengan entri ini (http://www.kapasitor.net/community/post/3210). Apun yang biasanya dorman, terperuk di seksyen puisi tiba-tiba mengorak langkah. Jelak dengan aktiviti Kapasitor yang tidak memberangsangkan sejak hilangnya kelompok aktif satu tika dulu, inisiatif Hari Kapasitor bermula.

Terima kasih kepada kerjasama tanpa lelah semua ahli yang lain - anda semua memang sporting, program ini berhasil melonjakkan statistik laman Kapasitor ke utara. Baik dari segi ahli baru, aktiviti, entri, semuanyalah! Terima kasih juga kepada usaha promosi secara terus, antara yang paling berkobar - cik Qaqa. Habis semua rakan sekolejnya seperti ahmadkamal, minahjenin, ruff, shanez dan najim87 ditarik masuk ke sini.

Kesannya, anda sendiri rasa, kan? Kapasitor lebih meriah, lebih bermaya, lebih berwarna dengan karakter-karakter baru. Kami di Kapasitor mendepang tangan mengucap SELAMAT DATANG KEPADA AHLI-AHLI BARU!

Janganlah malu kenalkan diri, janganlah malu berinteraksi. Dalam masa yang sama ambil kesempatan untuk menjadi seorang yang lebih baik di dalam apa saja bidang yang anda mahu asah di sini. Jemputlah baca kompilasi Panduan Hebat bergambar oleh Rearrange yang ditulis khas oleh beliau kerana euforia menyambut kedatangan ahli baru di sini:
http://www.kapasitor.net/community/post/3252

Gelombang muzik Kapasitor
Gandingan Kurusawa dan Rizzy adalah sebutir bom! Bulan ini entah berapa banyak lagu dihasil mereka. Puisi-puisi indah yang dilagukan. Melodi lara dari hati yang berantakan. Kalau dikumpul memang boleh terbit satu kompilasi!

Paktam85 dan Rama_rama dan nampaknya dah turut serta. Besar harapan saya agar seksyen muzik ini terus berkembang. Mungkin Jojo boleh usahakan sesuatu untuk mereka ini agar usaha mereka akan lebih mendapat tempat? *jeling Jojo*

Anda boleh dengar contoh-contoh lagu mereka di sini:
Kenapa Kompangku Belum Berbunyi
http://www.kapasitor.net/community/post/3290
Gadis Kebaya Biru
http://www.kapasitor.net/community/post/3286

Pertandingan Menulis Cerpen bagi Sekolah-sekolah Jemputan Daerah Keningau
Pertandingan ini akhirnya sudah berjaya mendapat kebenaran pihak sekolah. Buat masa ini dua sekolah sudah mengesahkan penyertaan. Saya anggap ini petanda positif! Kita sudah tetapkan tarikh tutup pada 31 Mac. Apa yang tim jawatan kuasa termampu sudah dilakukan. Kini mari beri galakan pada usaha promosi Cikgu Shahida dan rakan-rakan di seberang sana. Berusahalahhh cikguu!!

Paintball, Piknik, Permainan Mafia!
Wahh, okey. Ketika saya menulis entri ini saya baru saja pulang dari acara berkenaan. Suka dan gembira masih terasa. Penat dan lebam belum reda. 23 orang telah hadir. Ada yang sejauh dari Melaka, dari Johor. Terima kasih terima kasih! Tapi tak boleh lawan yang dari Kuala Terengganu. La la la lala. Sedih juga yang dari Kuantan terpaksa batal, yang dari Gombak tiba-tiba demam. Tak lupa yang dari Keramat dan Kota Bharu belum boleh keluar rumah. HAHA! Juga dari tempat yang dirahsiakan. Mengada aje dia tu tak beritahu dia dari mana. Tak mengapa. Ada rezeki lain kita buat lagi okey!

Ikut hati memang nak tulis panjang lebar di sini. Tapi tak sesuai. Ini adalah buletin. Kelak entri-entri mengenai program ini akan muncul. Tunggu dan lihat saja :)

Sekitar Karya Kreatif di Kapasitor MS
Saya mulakan dengan ulasan dari saudara Ridhrohzai:

Tidak dinafikan, seksyen cerpen bulan Februari sangat meriah dengan kemunculan beberapa penulis baru seperti petakhatikidalaminmuslim dan indra0579. Tidak ketinggalan juga karya dari penulis yang lama menyepi seperti hulubalang, adra, rearrange dan shazmiey

Peningkatan ketara berlaku dalam bulan ini dengan 38 judul cerpen dihantar dengan pelbagai genre termasuklah cinta, satira, eksperimental, saspens dan umum. Kerancakan aliran karya pada bulan ini secara tidak langsung menunjukkan Kapasitor semakin dikenali kerana setiap bulan ada sahaja penulis baru yang menghantar karya. 

Tepukan harus diberikan pada saudara petak kerana menjadi penulis yang paling aktif dalam seksyen cerpen dengan jumlah cerpen sebanyak tujuh buah. Moga terus konsisten dalam menghasilkan karya.

Semoga Ridh, semoga!

Seterusnya, saya ingin mengajak anda semua membaca satu artikel yang ditulis oleh Tok Penyu. Beliau melahirkan kegusaran tentang susutnya karya aliran perdana yang menepati hukum-hukum yang sepatutnya di dalam Kapasitor. Saya turut berkongsi kebimbangan tersebut dan ingin menyeru anak-anak muda yang ingin maju di dalam bidang penulisan untuk menghayati intipati artikel melalui pautan di bawah:
http://www.kapasitor.net/community/post/3281
Oh ya, lawati juga pautan ini:
http://www.kapasitor.net/community/post/3253
TAHNIAH PAK PENYU! :)

Saya akhiri buletin kali ini dengan Karya Pilihan Kru Pengelola bulan Februari 2010!

Cerpen
Dejavu Elthon John – Kamalia (reviu Olahan yang Segar oleh Ridhrohzai)
Hari yang Biasa – Hulubalang
Mengena Terkena – Uculer
Fantasi Mental Gila – Rearrange
Pusaka – Ridhrohzai

Puisi
Tentang pulang – _theRain_   
Sempurna – ikileman
Botol – Ancalisme
Kita berhenti berpuisilah  – Enarif 
Kalau dikalau – Kurusawa
Menghantar kekanda pulang – Upenyu 
Antara Kita Masih Ada Ikatan Rasa – Myelina 
Sistem – Rizzy  
Sibuk – Petak  
Aku Hanya Mampu Mencuri Pandang – Bayumoslem

Baca perbualan