Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Korang dah bayar zakat pendapatan?

  • jojo
  • 14 years ago
  • 26,681

 

Aku mengaku aku jahil. Setahu aku, zakat yang aku bayar tiap-tiap tahun Cuma zakat fitrah. Itu pon sebab hari raya. Kalo tak de hari raya, aku rasa aku tak bayar zakat.

Baru-baru ni aku pegi ke kaunter pungutan zakat di Masjid Mujahideen di Damansara Utama (Uptown Lama) untuk membayar zakat yang tertunggak. Sebelum ni, aku pernah buat potongan berkala yang mana gaji aku ditolak secara otomatik. Tapi sejak berpindah ke tempat baru ni, servis itu sudah tidak ada lagi. Lagipun, aku ada beberapa soalan yang aku perlu tanya kepada amil. Maka, seeloknya pergi ke kaunter la yer tak?

Jadi, begitulah.

Sampai saja giliran aku, aku pon memulakan soalan aku.

Soalan 1

Aku:  zakat ni, boleh ke bayar kat mana-mana?

Amil: Boleh, tapi kalo rekod awak ada JAWI.. maka seeloknya bayar kepada JAWI. Kalo rekod sebelum ni ada kat JAIS, maka elok la bayar kat JAIS

Aku faham prosedur semacam ni. Senang nak jejak balik segala bayaran yang kita pernah buat. Setidak-tidaknya, rekod kita ada tersimpan kat satu negeri aje.

Soalan 2

Aku: Saya ni dulu rajin buat freelance. Tapi, saya tak pernah bayar zakat sebab freelance ni tak tetap dan tak selalu. Nak kena bayar zakat jugak ke?

Amil: Perlu. Cuba awak ingat-ingat balik nilai freelance awak sebelum ni. Seelok-eloknya awak bayar.. kiraannya 2.5% daripada jumlah yang awak dapat.

Mak aih, jenuh nak ingat balik! Aku dah la tak pernah simpan rekod freelance aku. Kalo ada pon, ingat-ingat lupa la. Bayangkan dah 5 tahun buat freelance.. mana nak korek yang lama-lama dulu tu yer tak? Tapi tak pe, aku cube bayar mana-mana yang aku ingat aje lah.

Soalan 3

Aku: Berapa minimum gaji bulanan yang wajib bayar zakat ni ye? Kawan-kawan saya ramai yang tak pernah bayar zakat pendapatan (termasuklah aku ni, wuhuhu)

Amil: Cuba awak tengok carta ni (Amil menunjukkan satu carta pembayaran). Minimum gaji yang diwajibkan zakat adalah gaji bersih (selepas ditolak EPF) RM1400.

Aku tengok carta tu. Ada beza antara bujang, berkahwin dan mempunyai anak. Kalau gaji bersih RM1400, tak silap aku zakat untuk gaji tu adalah RM16. Makan malam kat Tony Roma’s lagi mahal daripada amaun ni.

Soalan 4

Aku: Saya ni dah kerja lebih kurang 5 tahun, tapi memang tak pernah sekali pon bayar zakat. Sekarang ni dah kahwin baru saya nampak jalan yang lurus. Macam mana ya?

Amil: Seelok-eloknya awak buat andaian berapa agak-agaknya jumlah pendapatan awak bagi 5 tahun lepas. Kemudian, ambil 2.5% sebagai nilai zakat.

Maknanya, duit-duit gaji yang dulu-dulu pon kena bayar zakat juga. Hmm.. banyak nak kena ingat tu.

Soalan 5

Aku: Bole ke saya bayar sendiri zakat ni tanpa melalui amil?

Amil: Boleh, tapi awak kena pastikan asnaf yang awak beri zakat tu betul-betul layak. Lagi satu, zakat ni boleh ditolak daripada cukai pendapatan. Maka, kalau awak baya zakat sendiri, kemungkinan awak tak boleh nak tolak daripada cukai pendapatan sebab tak ada bukti.

Ah, lagi pon aku mana la ada masa nak selidik asnaf yang wajib aku beri zakat ni. Lebih baik biar kerajaan yang uruskan. Kalo diorang yang salah guna duit, sekurang-kurangnya tanggungjawab aku untuk mengeluarkan zakat dah selesai.

Begitulah selesainya urusan zakat aku pada hari itu. Sebagai ganjaran kerana menunaikan zakat, aku dapat buku bacaan Yaasin  & ayat-ayat Quran. Selang 2-3 hari kemudian, aku dapat kalendar Islam & waktu solat negeri Selangor.

Tak rugi bayar zakat ni rupa-rupanya. Korang dah bayar zakat? Lelaki dan perempuan wajib tau!

Rujukan: http://fatimahsaipuddin.blogspot.com/2009/09/zakat.html

Bayar dengan cara Internet Bank: http://www.zakat.com.my/cara-bayar-internet-banking

Soalan lazim tentang zakat: http://www.zakat.com.my/faq

p/s: Harap kepada sesiapa yang mengaku muslim dan membaca tulisan ini, segera tunaikan kewajipan anda. Zakat adalah wajib ke atas individu yang layak; lelaki dan juga perempuan. Walaupun pegawai agama tidak mencari kita sehingga ke lubang cacing, tp ingatlah pada cacing yang akan makan badan kita selepas mati nanti.

Baca perbualan