Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Personal: Sesekali Teringat..

 

Senario 1:

Suatu hari pada tahun 1998, kelas sejarah.

Cikgu Salbiah, "Siapakah orang pertama yang mengelilingi dunia?"
Seorang pelajar skima berkacamata pantas angkat tangan. "Magellan, cikgu!" senyuman megah terukir.

Pelajar lain memandang beliau kagum. Memang berpengetahuan!

"Salah!" Senyuman Cikgu Salbiah mengempiskan kembang hidung Si Skima. Muka berganti merah. Dia tak puas hati. Sepatutnya jawapan tu betul. Pelajar lain turut terpinga.

"Ada jawapan lain?" Pandangan Cikgu Salbiah menombak setiap pelajar dari kiri ke kanan. Ada yang saling memandang, ada yang garu kepala.

Tiba-tiba aku angkat tangan. (Eceh). Cikgu unjuk beri peluang.

"Panglima Awang?" Aku jawab sedikit teragak.

"Bagus! Memang betul jawapannya Panglima Awang." Terdengar reaksi terkejut dari rakan-rakan lain.

"Siapa tu? Sumpah tak pernah dengar! Ada drama di TV yang kita terlepas tengok ke?" Tanya Bakri kepada Rizman. Rizman jungkit dan geleng.

Cikgu Salbiah datang mendekati aku. "Dari mana kamu tahu pasal Panglima Awang?" Tanya beliau.
"Err.. betul ke cikgu nak tahu?"
Cikgu Salbiah angguk. Teruja.
"Lagu Feminin. Al-kisah Sejarah Melayu :D" Aku jawab bangga.
"...."


Senario 2:

Di tahun yang sama, kelas Lukisan Kejuruteraan.

Cikgu Ahmad Kamal, "..jadi semua bidang ini semuanya berkembang pesat selepas adanya komputer. Okey, siapa yang tahu apa dia komputer yang fiiiirst sekali dicipta?"

"Aa.. jap jap. Saya tahu. Mark I kut cikgu nama dia." Hafidzi mencuba try test.
Geleng!
"DOS!" Marina Salim pula cepat-cepat.
"Itu operating system, sayang." 
"Mesin punch card?"
"Bukan juga.."
"Windows 95!" Seisi kelas gelak.
"..."

"Sudahlah, kamu ni main-main aje. Ha, komputer yang pertama sekali dicipta.. yang terawal sekali.. sebenarnya--"

"Abacus?" Aku mencuba.

Cikgu Ahmad Kamal terhenti. Dia pandang aku diikuti seisi kelas yang lain.

"Haa.. ada pun yang tahu. Betul tu. Abacus! Ataupun kita panggil sempoa."

"UUuuuUUuuu." Yang lain buat bunyi.

"Eceh, bukan main kau. Mana kau tau weh?" Suria - pelajar lelaki, bertanya.
"Ha ha. Kebetulan la. Aku ada terbaca hari tu."
"Haha. Power power. Kau baca mana? Ensiklopedia?"
"Eh, tak! Aku baca dalam novel Lagenda Budak Setan."
"...."


p/s Aku geram dengan tajuk buku tu. Ejaan yang betul adalah legenda.



 

Baca perbualan