Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Geng Chopping

 

Atas memori aku terhadap kawan lama.

Ragu nama dia.

Bukan ragu-ragu.tapi Ragunathan.Macam itulah ejaan nama dia.Beliau jenis kurus kering.Meja bahagian tengah belakang sekali.

Orang yang pertama menghulur salam persahabatan disekolah baru aku.

Dia ini budak yang mula-mula aku kenal masa pindah sekolah darjah 3.peramah.Ada juga dia cuba untuk berbahasa ibunda pada aku diakhiri dengan kejadian aku ketuk kepala dia dengan buku.Dengan kuat sebagai tanda protes aku.

Budak ini duduk sebelah aku.Sangat suka terberak dalam seluar.Perbuatan yang aku klasifikasikan sebagai "Hawau betul..".Dia tetap kawan baik aku.

Hari pertama " jom ikut kami main bola chopping". Wah! Sukan kegemaran aku.

Diwaktu rehat itu aku main 'chopping' bersama lima rakan dia.

Puas kerana dapat melepaskan gian.

Ada rakan sekelas menyatakan ketidakpuasan hati "Kenapalah engkau ikut budak-budak india tu? Mari ikut kami lepak bersama".

Puak sebangsa aku.Suka melepak ditepi gelanggang sepak takraw sambil makan kepok lekor.Hendak diajak main-main polis sentri tak boleh."Nanti mak kami marah kalau kasut kotor" jawap mereka.Semangat belia berpasukan yang kuat.

Itulah kali pertama aku kenal bentuk racism secara asas.Konsep yang mudah, "kau tidak perlu bergaul dengan mereka kerana kau ada kami"

Asal aku dari sekolah kebangsaan dan bermigrasi ke sekolah jenis kebangsaan.Aku buat-buat tak kisah.Ada masa aku turun main dengan 'geng chopping'.Ada masa aku lepak dengan puak sebangsa.

4 tahun lepas aku terserempak dengan salah seorang 'geng chopping'.Logan nama dia.Sudah gemuk.kami semua sudah gemuk sebenarnya.Jumpa pun semasa aku atas 'boat' menghala ke laut.Sama-sama kerja mencari rezeki yang halal, selalu bertukar 'email' berkaitan tugasan.Baru aku ketahui bahawa dia kawan lama.

Dunia ini kecil.

aku tanya juga, Ragu dimana?

"Sudah arwah beberapa tahun lepas.Kena langgar dengan lori kontena"

Baca perbualan