Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Evolusi KL Drift 2

  • nurie
  • 14 years ago
  • 7,305

 

Saya jarang tengok filem melayu dan untuk menonton wayang memang amatlah jarang. Petang semalam saya keluar dengan member yang  giler kereta.  Mahu tak mahu lepas makan kena turuti dia pergi tengok Evolusi KL drift 2.   Erm..nak prebiu apa ya berkenaan muvi ni?

EVOLUSI KL DRIF 2

Storyline : So simple.

Dialog : Catchy. Ayat-ayat kongsi gelap. Gabungan Aaron Azin dengan Shaheizi Sam boleh tahan. Dan skrip antara Sham (Farid Kamil) dengan Zach (Syamsul)..agaklah sentimental sikit + lawak…emo2 banyak..dan Scha memang lawak! Ada 1 adegan drift tu panjang sangat (kejar mengejar dengan polis), aksi kurang mantap.  Lagi scene yang buat saya tutup mata sebentar tu masa Scha kena belasah. Macam real je dia kena tendang, penonton plak rasa efeknya..adehh..tak pasal2 kawan saya ketuk kepala saya sebab saya terjerit..

Scene kereta terjunam tu rupanya real. Cantik diorang buat.

Saya tak nak cakap banyak tentang jalan cerita. KL Drift yang pertama pun saya tak tengok so tak pandai nak compare2. Yang pastinya well done untuk anak Datuk Yusof Haslam sebab dengar-dengar idea, skrip dan arahan dia buat. Muda-muda dah banyak buat filem..tapi bad la filem tak selit moral pon..

Nak komen untuk pelakon je. Pelakon-pelakon membawa watak yang menghiburkan. Paling suka watak Shaheizi Sam , dia siap cakap cina..wallaaa..dengan emo ala-ala kongsi gelap dia lagi..enough said..~best~. The most entertain penonton memang character Shaheizi tu. Aaron Aziz pun sama, hero hensem ni smart bila jadi kongsi gelap. Saya tak suka Remy sejak dia berlakon dalam Nur Kasih, tapi dalam movie ni dia memegang wataknya..hmm..boleh tahan juga. Ala-ala detektif gitu. Awan Dania sesat masuk kl drift.. bila Scha join jadi watak heroin, style dia bawa tu selamber tapi tak cukup ganas..dan lawak masa dia serius luahkan cinta dia kat Zack (Shamsul Yusof). Satu panggung riuh. Farid Kamil? Hmm..dia ni asyik pakai topi ala-ala Johny Depp je. Tetap tak minat dengan Farid Kamil! Lakonan Shamsul dah bertambah baik..dalam drama ayah dia memang tak hensem langsung (wah ayat!) sebab control macho..dalam filem kl drif ni lakonan dia agak baik. Nampak comel pun ada..hahah

Satu saja yang saya suka dengan filem ni…watak ini..

good try!

 

 

 

 

Antara filem melayu yang menunjukkan perkembangan dalam filem aksi melayu. Saya tak tau nak kasi berapa bintang..2.9 bintang cukup ka?. Evolusi? hmm..tak nampak sangat pun apa yang evolusinya~~

:: yang kelakarnya polis pun pandai drift..

Baca perbualan