Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Mekar Sakura Di Mimbar Cinta

 

ULASAN PANEL PEMILIH HADIAH SASTERA PERDANA 2006/2007 KATEGORI BUKU CERPEN

 

Dipetik dari majalah Sastera, Mac 2010. Mukasurat 10-11.

Panel mempersetujui Mekar Sakura Di Mimbar Cinta (Ilham Hamdani, PTS Millennia, 2007) sebagai pemenang kategori kumpulan cerpen. Menurut penel penilai buku kumpulan cerpen ini menonjolkan keistimewaan berikut:

‘Pertama, dari sudut keindahan pengungkapan bahasanya yang segar dan kreatif berbanding kumpulan cerpen yang lain dalam HSPM 2006-2007. Keindahan bahasa yang sedemikian itu pula mengungkapkan sikap glokal penulisnya dalam mengetengahkan manusia Melayu Islam di perantauan, khususnya di Jepun. Watak-watak Melayunya mesra dengan kebudayaan setempat., mesra sesama komuniti pelajar Melayu dan terus memelihara hubungan persaudaraan Islam dengan umat Islam yang berkumpul sebagai komuniti kecil di rantau Timur itu. Nilai Islamnya yang sopan, lembut, mesra dan sederhana menjadi pemangkin dakwah untuk memikat warga tempatan bergaul, menghilangkan prasangka buruk terhadap Islam dan ada yang memeluk agama suci ini, walaupun pada mulanya mereka berasa ganjil dan asing. Penggarapan masalah di perantauan, dengan nilai baharu yang ditemui dalam masyarakat sekelilingnya dan kemesraan ukhwah sesame manusia Islam dan setempat menjadikan kumpulan cerpen ini dapat mewakili sikap dan minda Melayu, khususnya kalangan pelajar-pelajar, di tengah-tengah persada dunia.

Kemelayuan Islam amat utuh walaupun mereka jauh negaranya. Semua ini mencerminkan minda golongan professional Melayu dari generai mutakhir selepas merdeka. Dengan itu, kumpulan cerpen ini enak dibaca, indah, meresap dan mesra menyelinap ke jiwa. Mungkin pembaca biasa dengan cerpen logic relisme formal akan berasa kurang selesa musabab pengislaman tokoh-tokoh tertentu dalam sesetengah cerpen dalam kumpulan ini yang kelihatan amat sederhana dan dipermudah.

Namun jika kita mengingat Islam itu agama yang mudah dan dakwah yang berkesan itu adalah melalui ukhwah, pergaulan, tingkah laku yang baik daripada watak-watak individu Islam yang mudah mesra dan menjadi model contoh, dituruti pula perkembangan ilmu pengetahuan Islam itu melalui buku dan media, maka kesangsian logika di sebalik etika cerpen realism formal itu dapat dikendurkan. Akhirnya, kita dapat menerima cara pengolahan cerpen-cerpen seumpama ini.

Ada cerpen dalam kumpulan ini yang digambarkan seolah-olah Tuhan itu bukan Maha Pengampun, seperti watak gigolo yang berada di Masjidil Haram yang merasakan seolah-olah Tuhan tidak menerima taubatnya, tetapi hakikatnya, dia perlu bertaubat nasuha dan lebih bertakwa kepada Tuhan.’

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs502.snc3/26404_391323937568_620702568_3994348_1279377_n.jpghttp://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs458.ash1/25178_335058872568_620702568_3742515_3209234_n.jpg

Baca perbualan