Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kapasitor MS: Buletin April 2010

 

Salam April!

Musim peperiksaan akhir semesta bagi IPTA sudah menjelang. Bagi yang sudah di semester-semester akhir seperti Paktam85 dan Ridhrohzai, pastilah fokus dan tenaga mereka dikerah habis-habisan untuk menyelesaikan pengajian.

Paktam sendiri telah awal-awal lagi menyuarakan akan kesibukan beliau untuk tempoh sebulan dua ini. Hiatus beliau tidak berseorangan kerana saya lihat rata-rata pelajar IPTA agak kurang aktif akhir-akhir ini.

Di sini, saya mewakli Sidang Kru Kapasitor MS mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA bagi mereka yang akan mengambil peperiksaan, sama ada di IPT, sekolah mahupun ujian memandu *jeling vmpire *.

Semoga skil yang diperlukan untuk kegunaan akan datang dapat diaplikasikan, bukan sekadar belajar untuk peperiksaan!

Neddo Melangkah Maju
Bagi pengikut seksyen Novel, siapa yang tak kenal Neddo ? Atau nama penanya di terbitan, Nadia Khan. Karya Reuniondan S.S.S yang digarap penuh sensasi, menjerut dan memilin pemikiran kita adalah antara testimoni kehebatan beliau.

Neddo, selepas mengikuti bengkel penulisan cerpen anjuran kumpulan penulis yang dikelola Serunaifaqir, AVA (ejenmanuskrip.blogspot.com) telah melangkah setapak maju apabila tiga cerpen beliau diterbitkan baru-baru ini.  

Pinjamkan Masamu, Kak - Tunas Cipta (Mac 2010)
Cikgu Din - Berita Minggu (21 Mac 2010)
Lara Di Hati - Mingguan Wanita (5-12 Mac 2010)

Haaa.. siapa sangka penulis yang gemar berbahasa rojak dalam karyanya sebelum ini  boleh memilih jalan lurus hasil bimbingan bengkel yang disertai. Ditambah dengan fikiran beliau yang sudah sedia kreatif dan gemar menongkah klise, hasilnya.. peh!

Beliau pada saya adalah contoh dekat di hati warga Kapasitor yang berjaya mencari ekuilibrium antara idea yang kreatif tanpa memperjudikan asas penulisan yang baik. Justeru beliau dapat kongsikan idea pemikiran beliau sehingga ke tahap terbitan dalam majalah.

Bagi penulis baru, muda, yang mahu mencari seorang idola sebagai inspirasi, hei, anda baru lepas membaca mengenainya :)

Gema Upenyu Bersambut
Cetusan hati bernada Pak Penyu tempohari bergema lagi, kali ini datangnya dari penulis cilik bergenre frinjan, cik Hulubalang. Melalui entri blog beliau pada 2 April lalu ( http://www.kapasitor.net/community/post/3359 ) Hulubalang meluahkan apa yang saya kira kritikan membina dan harus dipandang positif.

Kita di Kapasitor sependapat: penulisan ini ada banyak cara. Bawalah stail urban, hip, rebel, skima atau klise sekalipun, tulisan-tulisan eksperimental, absurd atau pelbagai istilah lain yang diberikan. Namun satu yang kita kongsi sepunya adalah pemakaian tatacara penulisan asas yang betul. Tanda baca, huruf besar kecil, janganlah diabaikan sewenangnya – melainkan dengan tujuan.

Nak lagi baik, yang mahu berusaha, mahu maju, strukturkanlah cerita dengan berkesan, bina watak yang beri impak. Di Kapasitor terdapat banyak ruang dan peluang. Mohon tunjuk ajar, jangan malu jangan segan, ramai yang sudi berkongsi.

Kepada cik Hulubalang, anda buat saya terharu membaca luahan rasa anda.

Pertandingan Menulis Cerpen bagi Sekolah-sekolah Jemputan Keningau
Untuk makluman semua, pertandingan ini masih berjalan. Setelah berbincang dengan wakil guru di sana, kita lanjutkan tempoh penyertaan berikutan ramai pelajar yang bersemangat mahu turut bertanding tetapi dikekang program ko-kurikulum antara sekolah-sekolah yang sedang giat ketika ini.

Setelah mengambil kira faktor-faktor berkaitan, pertandingan dilanjutkan sebulan lagi :)

Sepintas Kapasitor MS
Sebab semua Kru Pengelola sibuk bulan ni, biarlah saya saja ulas apa termampu :D

Terdapat 34 cerpen dan 87 entri puisi telah dihantar sepanjang Mac – sekalipun sebenarnya ada beberapa entri yang tersalah lokasi.

Petak, Rizzy dan Kurusawa merupakan pengkarya konsisten di seksyen cerpen. Istiqamah dengan bilangan entri biasa. Masing-masing dengan karya yang kalau kita baca... ha, dah tau dah siapa yang tulis!

Hulubalang dan Kpalaotak menyumbang karya yang berfilosofi. Menarik.

Pengkarya aktif baru pula adalah MissClarks dan 26life . Karya-karya MissClarks berupa ekspresi diri sebelum menunjukkan sedikit atitud di dalam karya ‘K’. 26life - si rebel pula menghidang siri certot mini mengenai Si Paris (dah certot, mini lagi? Wow!)

Ridhrohzai dan Syud masing-masing menyumbang karya yang boleh dibawa lebih jauh.

Sheila berkongsi pengalaman hidup. Bayumoslem dengan cerita yang agak cacamerba. Karya Paiwunan pula seperti tergantung. Sayang karya-karya ini tidak dimurnikan sebelum dipersembah. Potensinya ada.

Di seksyen Novel, S.S.S bersambung setelah dua bulan menyepi. Ridhrohzai dan MissClarks memulakan cerita baru, Apa Kata Hati dan Mikhael & Gabrielle. Selamat menghabiskan ya! Elzara pula telah selamat menyelesaikan novel tujuh episod yang diberi nama Pelan B.

Adapun seksyen Puisi kita bertuah kerana bulan ini Kru Penasihat kita Myelina sudi memberi ulasan dan seterusnya memilih puisi-puisi pilihan bagi bulan ini. Untuk reviu tersebut, sila muat turun PRASASTI APRIL 2010 yang akan terbit tidak lama lagi! :D

Baiklah, seperti biasa buletin akan disudahi dengan Karya Pilihan Kru Pengelola Bulan Mac 2010.

Puisi
Aku Bicarakan Dalam Diam– Zinggof
Jari Berinai– Hulubalang
Malam yang Berbaring– Sufi
Wilayah Selepas Hujan– Wahyudimy
Pondok Usang– _theRain_
Hilang– Mokai
Ilmu– Mangifera
Pulanglah Yan– Paktam85
Waktu Rindu– Dayya
Tsunami– Shukri

Cerpen
Apa Itu Indah– Syud
Kontroversi Kaki Gunung Sumalayang– Hulubalang
Lasman Singgah ke Kedai yang Tersisih Sedikit daripada Jalan– Kpalakotak
Mengemis Rindu– Ridhrohzai
K- MissClarks


Salam Kapasitor MS,
Cahatomic
Ketua Pengelola
Kapasitor MS

Baca perbualan