Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kenapa Menulis?

 

 

Siapalah sebenarnya mempopularkan ungkapan “Ada aku kisah”. Kalau tidak mengenangkan tanggungjawab sebagai penasihat Seksyen BM, rasanya ingin juga sesekali saya menggunakan ungkapan itu.

 

Berbalik kepada entry saya terdahulu di sini, terima kasih kepada Wahyudimy dan zhfr kerana telah memberi pandangan yang bernas tentang isu ini. Jadi terserahlah kepada penulis-penulis di sini  samada untuk bersetuju atau tidak bersetuju dengan saya. Kapasitor sendiri tidak mendirikan dinding-dinding yang memyekat mana-mana penulis untuk menghantar karya-karya mereka di Kapasitor.

 

Persoalan saya jelas, Kenapa menulis? sekadar suka-suka? dan akhirnya kemanakah hala tuju penulis-penulis ini? Hanya di Kapasitor? Cukupkah sekadar merasa puas karya tersiar di Kapasitor, kemudian mendapat rating tertinggi 5 dan komen-komen pujian dari ahli yang lain. Cukupkah sekadar ini? Kalau cukup terserah kepada penulis berkenaan. Cuma saya ingin bertanya lagi, tidak teringinkan karya anda tersiar di media dan dibaca oleh jutaan umat manusia. Persoalannya lagi, cukup beranikan anda menghantarkan karya anda ke media kemudiaan dengan kebarangkalian tinggi bahawa karya anda akan ditolak oleh pengarang. Atau sememangnya penulis-penulis ini terdiri daripada barisan manusia-manusia yang ego. Lantas berkarya tanpa memperdulikan pandangan orang lain. Kemballan berpijak di dunia nyata.

 

Persoalan yang saya ujarkan ini adalah terbatas didalam ruanglingkup Kapasitor sahaja. Manakala apa yang diungkapkan oleh Wahyudimy dan zhfr telah pergi terlalu jauh mengheret penulis-penulis didalam realiti dunia penulisan yang mungkin jauh lebih kejam. Adakah penulis yang menulis sembrono sebegini memahami apa yang Wahyudimy dan zhfr perkataan. Kalau mereka memahami mereka tidak termasuk dalam golongan yang saya perkatakan. Kerana itu saya menyeru penulis-penulis di Kapasitor menulis dengan ilmu dan disiplin. Pelanggaran displin penulisan tanpa ilmu mungkinkah boleh dianggap sebagai satu dosa kepada dunia penulisan itu sendiri.

 

Saya tidak pernah menolak karya-karya sebegini sebagaimana saya menyanjung karya penulis seperti Kurusawa, Rizzy, Hulubalang (sekadar beberapa nama di Kapasitor) malah kagum dengan karya-karya mereka yang beraneka. Cuma saya khuatir satu hari nanti kapasitor hanya berjaya melahirkan penulis-penulis yang syok sendiri dan karya-karya mereka hanya laku di khalayakan mereka sahaja.. Ingatlah, kalau masih begini akhirnya kemana karya anda akan pergi, ke Tong Sampah? Kata orang, ”Hanya Pengutip Sampah Yang Menghargai Sampah”.

 

Faktanya, Indonesia begitu jauh meninggalkan Malaysia dari segi kemajuan bidang penulisnya, tidak semestinya yang sesuai di Indonesia akan sesuai juga di Malaysia.

 

Sebagai penutup, kepada penulis-penulis di Kapasitor, tepuk dada anda, tanya impian anda.! Itu pun kalau anda ada impian. Belajar menulis dengan disiplin penulisan, belajar menggunakan tatabahasa yang betul kemudian tulislah apa sahaja.

 

Akhir kata, ... ada aku kesah!  (Cesss.!!!. bagaimana saya boleh tergamak ungkapkan perkataan ni).

 

 

Baca perbualan