Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Syahadah Gadis Ateis

  • aida
  • 14 years ago
  • 4,266

 

Ulasan buku.

Tajuk Buku : Syahadah Gadis Ateis
Jumlah Halaman : 377 muka surat
Penulis : Imran Haaz
Penerbit : PTS Islamika Sdn. Bhd

Novel ini menceritakan tentang Islam adalah agama pelengkap kehidupan yang dibawa oleh rasul terakhir iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Cerita ini bermula dengan penemuan dua anak remaja yang sedang dalam perjalanan ke Pulau Pinang menaiki kereta api. Nizam, seorang anak muda yang belajar di salah sebuah IPTA, Shah Alam. Berperwatakan ala2 rockers dengan rambut yang panjang dan membawa gitar kapok di belakangnya. Rini pula seorang gadis periang dari jurusan Sains Gunaan daripada salah sebuah universiti tempatan.

Pengembaraan cerita ini bermula apabila Nizam diasak dengan 'soalan2 maut' secara bertalu-talu daripada Rini tentang mengapa kita perlu menyembah Allah. Dari situ penulis mula mengupas secara kemas tentang Islam dan pentingnya kita memahami agama Allah satu persatu. Dengan memberi contoh yang mudah difahami sebagai metafora bagi memberi gambaran yang lebih jelas kepada Rini atau kepada pembaca membuatkan kita juga akan lebih memahami apa itu Islam. Bahagian pertama ini menjelaskan apa itu rukun Islam dan rukun Iman. Saya pasti kita semua hafal tentang rukun Islam dan rukun Iman tapi adakah kita benar2 faham apa itu rukun Islam dan rukun Iman.  Bahagian ini juga menceritakan serba sedikit perbandingan antara Tuhan Yang Esa dan juga Tuhan2 lain dari segi sifatnya dan kekuasaanya.  Di dalam bahagian ini juga, diterangkan tentang makna penggunaan perkataan kafir yang sangat dimarahi oleh orang bukan Muslim. Penulis juga menyentuh tentang isu yang paling hangat buat masa ini iaitu ‘tiada paksaan dalam beragama’ yang dijadikan oleh orang kafir sebagai senjata bagi menarik orang2 Muslim untuk murtad dan memenangi kes di mahkamah. Seterusnya, penulis telah membuat penjelasan dan perbandingan secara ringkas tentang kitab2 terdahulu sebelum Al-Quran dan ini telah membuktikan setiap ayat Al-Quran telah mendahului zaman sehingga ke hari akhirat kelak.

Selain itu, penulis juga telah menyentuh dan mengupas isu berkaitan dengan hak wanita yang sering dijadikan bahan oleh media Barat bagi memperlihatkan bahawa agama ini seolah menindas wanita. Penulis telah memberikan contoh yang mudah difahami berkaitan hukum2 wanita menutup aurat dan kelebihan2 wanita yang telah diputar-belitkan pada masa kini. Novel ini turut menceritakan perihal rumahtangga dan hukum2 yang ada yang telah tertulis seperti di dalam Al-Quran agar kita tidak tersalah faham mengenainya. Begitu juga dengan peranan dan tanggungjawab bagi lelaki2 yang bergelar suami atau lelaki beriman. Apa yang menarik ialah bagaimana penulis telah menerangkan isu poligami dan asal usul poligami ini serta perbandingan isu ini di dalam agama Islam dan agama2 lain. Masa kini juga kita sering dimomokkan tentang hak sama rata antara perempuan dan lelaki. Dan penulis sekali lagi pada pandangan saya telah berjaya menggarap dan memberitahu pembaca tentang isu ini di dalam bahagian pembahagian harta pusaka dan sebab2 mengapa perempuan mendapat kurang daripada lelaki. Setelah dibaca dan difahami, saya amat terperanjat dan sejujurnya sebelum ini pun saya kurang memahami tentang pembahagian harta pusaka mengikut faraid ini. Penulis turut memberi contoh2 yang rasional bagi kita memahami tentang isu hak sama rata ini bukan sahaja dari segi hukum faraid, malah lebih kepada isu2 bagaimana wanita sekarang telah menjadi bahan eksploitasi tanpa disedari. 

Seterusnya, penulis cuba membawa pembaca agar memahami dengan suruhan Allah kepada para iblis untuk tunduk kepada Nabi Adam dan mengapa Kaabah di Tanah Haram Mekah dijadikan sebagai kiblat serta sejarah arah kiblat bagi umat Islam. Hukum hudud turut disentuh di dalam novel ini dan contoh2 yang telah diberi oleh penulis telah membuatkan pembaca akan berfikir betapa Islam adalah agama yang adil dan rasionalnya hukuman itu dibuat.

Novel ini berakhir dengan pengakuan daripada Rini yang sebenarnya ke Pulau Pinang adalah untuk diperkenalkan kepada seorang bekas paderi bernama Josiah. Rini sebenarnya seorang gadis yang sering tertanya tentang arah hidupnya dan dia tidak memahami  apa itu Islam akibat keluarga turut tidak mengendahkan tentang agama. Dan Allah S.W.T telah menyelamatkan beliau dan menemukan beliau dengan seorang ustaz ‘rockers’ bernama Nizam. Di sini apa yang dapat disimpulkan ialah kita tidak seharusnya menilai seseorang daripada luaran kerana dalaman yang paling penting.

 

p/s: Secara peribadi, saya amat terbawa-bawa dengan novel ini dan novel ini telah membuatkan saya tidak sabar2 untuk mengetahui dan mempelajari bahagian seterusnya. Sejujurnya saya boleh katakan novel ini ibarat satu buku yang ringkas tetapi cukup padat untuk kita semua belajar tentang Islam. Penulis telah menyelitkan tafsiran ayat Al-Quran berserta dengan penjelasan tentang ayat yang telah disebut bagi membantu pembaca lebih memahami kandungan yang tersirat disebalik ayat Al-Quran itu. Dan penulis juga telah memasukkan ayat2 dari kitab Bible bagi memberi perbandingan dan membantu pembaca untuk berfikir dan membuat keputusan berdasarkan perbandingan yang telah dimasukkan. Saya bersyukur dilahirkan di dalam Islam tetapi saya mengakui bahawa saya sendiri masih tidak begitu memahami Islam secara keseluruhan. Dengan membaca novel ini, sedikit sebanyak telah membuka minda saya untuk berbuat sesuatu selepas ini. Dan saya juga telah membaca novel ini sepanjang saya berada di Tanah Haram bagi menunaikan ibadah umrah yang mana saya rasakan telah membantu saya untuk berfikir dan memahami kenapa kejadian2 ini semua berlaku. Two thumbs up for da novelist and it’s highly recommended. Trust me..u won’t regret to have this novel. Sesungguhnya, saya berpendapat penulis telah membuat kajian dan penyelidikan dengan begitu teliti sehingga setiap garapannya membuatkan pembaca akan berfikir dan terdiam.

Baca perbualan