Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Sastera: Ortodok Dan Membosankan?

 

Bagi penggemar sastera sejati, ini makanan ruji mereka. Menuduh sastera sebagai bahan bacaan yang membosankan boleh mendatangkan keroyok beramai-ramai ke atas saya dan acara rusuhan pasti berlarutan sehingga kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat. Tapi percayakah realitinya jika saya katakan sastera mazhab arus perdana di negara ini hanya sampai kepada kelompok tertentu sahaja?

Kelompok yang saya maksudkan adalah geng-geng perpustakaan tegar, geng-geng cermin mata tebal ambil jurusan linguistik, geng-geng cintailah bahasa kita, et cetera et cetera.

Bagaimana pula dengan mujtamak penunggang motor "sahaja aku mati"? puak-puak malam minggu cucuk langit? kelompok sukan lebih penting daripada bahasa melayu? geng-geng airmata novel cinta 3 segi? bani-bani bukit bintang yang mendakwa shuffle itu sejenis tarian? Bagaimana jika tiba-tiba mereka mendapat hidayah untuk mendekati sastera dan dalam masa yang sama sastera itu sangatlah menjemukan untuk dibaca?

Berapa ramaikah yang benar-benar meraikan sastera sebenarnya?

Baiklah. Terus terang bila saya baca sesebuah novel atau cerpen, apa yang membuatkan saya terus berkobar-kobar membacanya adalah apabila penulis karya tersebut mempunyai teknik mengolah. Teknik mengolah menurut kamus Rebelliben m/s 1021; "Adalah kebijakan menyerap dan mengolah terutamanya informasi atau ilmu pengetahuan sehingga tidak nampak seperti memperkotak-katik dan memperbodohkan pembaca."

Pertama sekali. daripada apa yang saya faham, sastera itu tujuan utamanya adalah mendidik. Mendidik itu membawa maksud memberikan pengetahuan. Maknanya di sini, sesebuah karya sastera itu apabila dibaca wajiblah mendatangkan manfaat kepada yang membacanya.

Benar, saya tidak menafikan kredibiliti penulis sastera kerana siapalah saya? (klise) Dan saya tersangatlah yakin bahawasanya setiap daripada mereka pastinya sudah sedia maklum untuk menjadikan sesebuah karya itu sebagai sastera adalah kewajipan mematuhi peraturan utamanya iaitu apa yang disebut sebagai kausaliti. Namun, adakah mesej mereka itu sampai dan menyinari seluruh alam?

Apa yang menyebabkan saya kelihatan serius dan hensem di sini adalah semata-mata tentang gaya penulisan 'ja. Sastera dan penulisnya perlu berubah. Penulis sastera perlu membuang naratif yang selalunya berjela-jela, mendatar pula tu. Penulis sastera juga perlu mengubah caranya menyampaikan informasi. Apa salahnya tukarkan menjadi sebuah dialog, bukankah ianya kelihatan lebih natural dan tidak seperti mengajar pembaca. Serapkan informasi dalam dialog. Mudah, bukan?

Idea saya itu memandangkan daripada apa yang saya perhatikan, kebanyakan dialog dalam tulisan cumalah filler. Kosong. Tiada manfaat, sekadar cakap-cakap, "Eh! kau dah makan?, aku laparlah!" "Ok, ayuh kita makan di restoran makanan segera." Budak tadika pun boleh meludah kalau baca karangan begitu.

Pembaca sekarang semuanya bijak, berilmu dan berteknologi, internet penuh di dada. Di Malaysia sahaja sudah ada yang pergi ke langit tanpa menunggang kapal angkasa, tanpa perlu sibuk-sibuk berfikir makanan apa paling sesuai untuk di bawa ke angkasa (Apa cerita Ayah Pin sekarang?), manakala sastera pula masih berdegil mahu lapuk mengikut gaya lama. Masih lagi bermula dengan "Pagi nirmala...," jalan cerita mendatar dan suram, perbincangan 10 konflik 1.

Dan apalah salahnya biarkan anak-anak muda mendekati bidang ini, biarkan mereka berkarya, mereka ada buah fikiran yang segar bugar walaupun tatabahasa mereka tunggang langgang, tidak mengapa. Tatabahasa asas itu mudah. Ajarkan mereka elok-elok. Tegur bila keterlaluan, pernah saya lempang budak eja AKU jadi AQ, eja SAYA jadi CY, yang ini barulah dikatakan perosak dan wajib dilempang! (Ok. Bab lempang itu bohong)

Kesimpulannya, penulis sastera perlu keluar daripada ke'ortodok'an mereka. Mereka cuma perlu menyuntik sedikit perasa funky dan menjadi seseorang yang groovy dan fleksibel mengikut peredaran arus zaman tanpa perlu mencederakan bahasa dan ia sepatutnya semudah ABC! Hohoho!

Artikel ini bukan mengajar, siapalah gua (klise). Ini yang saya mahu kongsikan pasal kalau hantar pada paper saya yakin artikel ini masuk tong sampah. Terima kasih kerana membaca dan saya pohonkan ampun maaf jika ada yang berkecil hati.

Baca perbualan