Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Dari Hati

 

Aku rindukan kamu lagi hari ini
Aku masih mimpikan kamu lagi semalam
Seolah-olah semalam kamu masih milik aku

Memeluk aku dan menyayagi aku

Aku rindukan kamu
Itu yang pasti
Aku masih menyayangi kamu
Itu adalah kenyataan

Aku tahu cuma aku sahaja yang terasa tentang ini semua..
Aku tau..kamu takkan rasa apa – apa

 

Aku tau
Kamu gembira sekarang
Kamu bahagia
Kamu tenang

Tapi aku...?
Malam-malam aku menangis lagi
sedih lagi
rasa sendiri lagi
terluka lagi
yang aku tau
aku masih lagi kecewa dengan semua ini
masih lagi meratap hiba tentang semua ini

pagi tadi
Aku bangun
Aku buka semua lipatan baju kamu
Aku peluk

Aku cium
dan aku tahan air mata dari mengalir
kenapa aku masih belum boleh lupakan kamu?
Sedangkan kamu telah pun melalui hari-hari bahagia kamu atas kelukaan dan kedukaan aku.

Kenapa hanya aku yang sakit?
Hanya aku yang kecewa?
Hanya aku yang derita..?

Aku masih memerlukan kamu untuk hidup aku
Aku tak tahu nak hidup macam mana tanpa kamu
Tapi…

Kamu tetap menjauh
kamu tetap pergi
Hilang..
Tinggalkan aku dengan semua yang menyakitkan

Sakit yang kamu tak pernah mengerti


Bagi kamu
Kamu telah bahagia tanpa aku kini kan
Kamu pergi kepada lelaki yang kamu cintai
Tinggalkan aku sendiri sudah.

Baca perbualan