Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kapasitor MS: Buletin Mei 2010

 

Waktu saya tulis ni, saya sedang biol-biol. Kerja keras di pejabat selama dua minggu kebelakang ini mula mengambil tolnya. Asyik mengelat minum air pulak tu. Ha, cantik sangat. Saya memang sensitif kalau air kurang dalam badan. Mulalah selsema, demam, resdung menggatal (sebab tuannya tak gatal, kalau tak pasti saya kalis).

Lagi haru, hari ni pejabat saya keputusan elektrik. Bila berjaya dipulihkan, palam pendingin hawa pula bermasalah. Besar kemungkinan akibat litar pintas. Dah berpanas dibuatnya bila duduk di pejabat sepanas hati saya yang kirmizi.

Badan rasa tak sihat + mental penat + tiada pendingin hawa = definisi hari sempurna saya!

YOUTH '10
Sebagaimana yang telah diuar-uarkan. Kapasitor bakal mengambil bahagian di dalam Youth '10 yang akan dianjurkan di PWTC seperti tahun lepas. Tentang gerai, saya belum boleh pastikan, tetapi setakat ini Kapasitor ditetapkan untuk menguasai pentas di dewan Discovery Festival pada hari Ahad 30 Mei 2010 jam 2-3 petang!

Antara pengisiannya kelak adalah persembahan muzik dan puisi dari ahli-ahli Kapasitor sendiri. Ha, jadi padamkan perkara yang telah anda semua jadualkan pada tarikh berkenaan. Potong elok-elok satu garisan. Jangan pakai liquid paper nanti cikgu marah. Kemudian gantikan slot tersebut dengan temujanji bersama kami di sana!

Yay, kalau teringin Rizzy, Rama_rama dan lain-lain membuat persembahan, marilah!

klik link ini untuk melihat gambar-gambar sewaktu Youth '09:
http://www.kapasitor.net/community/post/2229

Nurusawa
Si lelaki-tua-yang-suka-menyanyi-dan-membuat-lagu, Kurusawa telah baru-baru ini memulakan projek cerpen bersiri NUR. Menggunakan konsep yang lebih kurang dengan projek cerpen bersiri Apun dulu, Kurusawa mengajak ahli-ahli Kapasitor yang berkeluangan dan berminat agar menyambung cerita pendek berkenaan. Caranya mudah, maklumkan dahulu pada beliau dengan mengomen di entri-entri sambungan yang ada atau lebih afdal di entri induk ini:
http://www.kapasitor.net/community/post/3432

Kreatif bukan orang tua ni? Tua bukan sebarang tua tau.

Ketumbukan Pemberontak Rebelliben
Sepanjang bulan April ini juga kita didatangi sepasukan ahli baru yang bila diselidik rupanya dari satu pejabat. Diketuai oleh Rebelliben, beliau seterusnya berjaya menarik minat nukilan_aj, cornflique, status3008, migrain dan orang rumah beliau alien untuk sama-sama menyertai Kapasitor.

Wah, memang terbaik bagi kategori individu dan berkumpulan dia orang ni! Hehe.

Kolabositor
Dari pemerhatian saya, Rizzy dan Kurusawa merupakan ahli yang paling berkolabositor (berkolaborasi sesama ahli Kapasitor dalam menghasilkan karya). Bermula dengan melagukan puisi-puisi, cerita pendek bersiri sampailah membuat lagu. Rizzy contohnya telah membuat kolaborasi dengan Paktam, Rama_rama, Azreal, Pijat2 dan terkini Rebelliben untuk lagu-lagu beliau.

Fenomena-fenomena sebegini bagi saya sesuatu yang sangat sihat. 1+1 adalah lebih dari 2 :) Apalagi kalau 1+1+1+1+1 .. mungkin bernilai 71 atau 88, siapa tahu? Maka seruan saya, saling berkenalan dan bersosiallah anda (di bawah batasan agama) agar masing-masing boleh saling melengkapi dan membantu di sana sini.

Sepintas Kapasitor MS
Untuk seksyen cerpen, di sini saya sisipkan petikan reviu dari Ridhrohzai:

“Sebanyak 34 entri cerpen dihantar pada bulan April dan tiada perkembangan di seksyen novel. Antara penulis yang aktif sepanjang bulan April adalah Rizzy, Kurusawa dan Petak. Ada juga muka-muka baru yang muncul dalam seksyen cerpen seperti rebelliben, yanot, tuk_kura, naqiah, cornflique, aerolit dan lain-lain. Selamat datang diucapkan dan selamat mewarnai seksyen ini.

Dari segi  variasi, ia berkembang dengan baik. Penulis-penulis baru rata-rata punya idea yang kreatif dalam olahan yang santai, sesuai dengan tema pop yang saya kira amat ditonjolkan dalam tema cerpen bulan April.

Oh, tepukan harus diberikan pada Kurusawa atas inisiatif yang segar dengan mewujudkan cerpen rantaian yang saya kira sudah lama tidak kelihatan di Kapasitor. Cerpen bertajuk ‘Nur’ diharapkan mendapat sentuhan pelbagai pihak agar jalan ceritanya tampak menarik di samping berkongsi idea yang kreatif.”


Terima kasih saudara yang nama sebenarnya Ridhwan ini :) Cuma saya nak tambah sikit kesedihan dan kegusaran saya mengenai tiadanya karya yang menjurus ke arah piawaian aliran perdana. Semoga keadaan ini tidak akan berlarutan.

Seksyen puisi, ketika buletin ini ditulis belum ada reviunya. Kelak jika ada akan dimasukkan ke dalam PRASASTI :)

Saya akhiri buletin ini seperti biasa dengan menyenaraikan Karya Pilihan Kru Pengelola Bulan April 2010

Puisi
Jerayawara Paska-Anarki – Rebelliben
Kematangan Anak Metropolitan – Jacquenne
Hanya Untuk Sekali Ini – Kurusawa
Hati Telanjang – Kapitan
Sepi – Enarif
Jariku Tidak Pandai Menari Lagi- Shazmiey
Kunci Harapan- Rizzy
Betis Terselak- Tept
Sahabat Terbilang- Nukilan_Aj
Nafas-Qiudamh

Cerpen                                     
Bahasa Cinta Kita – Aerolit (Reviu Cerita Pendek Panjang oleh Ridhrohzai)
Pakcik Plastik – Cornflique
Kisah seorang, Husna – Petak

 

Baca perbualan