Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Bagaimana menggunakan FTP client?

  • jojo
  • 14 years ago
  • 2,162

 

FTP ialah File Transfer Protokol iaitu Protokol Menghantar Fail yang digunakan secara meluas di dalam pembikinan laman sesawang. Walau bagaimanapun, tidak semua transaksi berlaku dalam FTP adalah yang melibatkan pembikinan laman sesawang. FTP juga berguna jika anda mahu menghantar fail peribadi yang bersaiz kepada rakan anda.

Secara umumnya, FTP memerlukan url ke server (pelayan), kata nama (username) dan kata laluan (password). Ini selalunya diberikan oleh tuan punya server (pelayan)

Dalam contoh ini, kita akan menggunakan FTP client bernama Filezilla. Muat turun FTP client Filezilla di sini atau http://filezilla-project.org/download.php?type=client

Langkah 1: Pasang (install) Filezilla. Tunggu sehingga pemasangan (installation) selesai.

Langkah 2: Jalankan Filezilla. Kebiasaannya terdapat ikon pintas di desktop komputer anda selepas pemasangan.

Langkah 3: Masukkan ftp pelayan (server), kata nama (username) dan kata laluan (password)

http://www.kapasitor.net/images/ftp_tutorial/1_ori_thumb.jpg 

Langkah 4: Klik pada “Quick Connect”

http://www.kapasitor.net/images/ftp_tutorial/2_ori_thumb.jpg 

Langkah 5: Setelah berjaya disambungkan (connected), seret dan letak fail-fail dari komputer anda (kolum sebelah kiri) ke dalam server (pelayan) di kolum sebelah kanan.

http://www.kapasitor.net/images/ftp_tutorial/3_ori_thumb.jpg 

nah! sudah selesai. Semoga tutorial mudah ini bermanfaat kepada anda ;)  

Baca perbualan