Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

~MENGAPA BERCOUPLE MERUGIKAN??~

  • syud
  • 17 years ago
  • 3,265

 

Pagi tadi seorang kenalan saya memberitahu bahawa dia telah ‘clash’ dengan awek barunya. Alasan aweknya, tak mahu membebankan dia. Kenalan ini memberitahu, sudah banyak duit dihabiskan pada aweknya ini. Perkara pertama yang merugikan: wang ringgit. Kenalan ini mengatakan bahawa setiap kali keluar, paling tidak RM300 mesti kena ada dalam tangan.Kalau tak jangan beranganlah nak keluar.

Perkara ni dah banyak kali jadi tajuk perbualan.Adik-adik lelaki saya selalu memprotes.Kenapa setiap kali keluar,mesti lelaki yang kena belanja?. Ini pula jawapan saya, kalau tak mampu.Jangan ‘couple’! Tak tahu kenapa, sudah menjadi suatu kemestian lelaki yang keluar belanja.Kalau tak,kira tak macholah.Ni kata oranglah.Tak gentleman. Bila dah ‘couple’, mesti kena care.So,kenalah selalu contact.Top-up hp toksah ceritalah. Kalau yang guna bil, mesti jenuh fikir nak bayar bil.Perkara kedua: masa. Setiap masa nak kena fikir pasal si dia.Sihat ke?Dah makan ke?.

Perkara ketiga: komitmen. Sebenarnya, dalam hidup ni ada banyak lagi tanggungjawab yang kena kita penuhi.Kalau still belajar,tanggungjawab sebagai pelajar. Nak settlekan assignment.Dapatkan result elok.Ramai yang berjaya tapi ramai gak yang terlangkup.Kalau yang dah kerja tapi setakat cukup-cukup makan pula. Yang keempat akan terjadi. Perkara keempat: tak ada simpanan. Macam mana nak ada simpanan kalau gaji asyik habis joli katak. Dating, beli hadiah dan segala macam lagilah. Taraf hidup zaman sekarang ni makin meningkat.

Kalau dah kahwin nanti,ada anak.Lagi bertambah-tambah bebanan. Mana ada nurseri yang ambil lampin biasa dah.Semuanya pakai buang. Duit upah jaga baby lagi, susu. Kalau ada anak sekolah. Belanja sekolah,buku,yuran sekolah.Tu tak masuk lagi bil air,api,kereta,sewa rumah.Pergh..memang pening kepala kalau fikir. Kalau tak ada simpanan, jangan kata berkeluarga.Nak kahwin pun..gigit jari jelah.Perkara kelima: tambah dosa. Jangan kata couple ni semuanya kurang. Ada juga yang bertambah. Tambah dosa!

Yang ni paling kritikal sekali.Bila dah couple,mula-mula nak pegang tangan lama-lama buat lebih-lebih. Pastu bila naik motor,berlaga-laga. Bukan semua tapi cuba tengok berapa ramai yang still ada pegangan. Sudahnya, terlanjur.Biasalah,bila dah berdua, mesti ada pihak yang ketiga. Masalahnya, nak tau tak sekarang ni berapa jumlah bayi luar nikah yang ada dalam rekod Majlis Perundingan Wanita Islam Malaysia (MPWIM)? 68,000! Bayangkan perasaan diorang semua bila satu hari nanti status diri mereka dibangkitkan. Mak ayah buat salah, anak yang tanggung malu.Kena hina,herdik dan maki.

Dari atas, perkara keenam bakal terjadi. Bukan semua, tapi sesetengahnya. Perkara keenam: membunuh. Bila perut dah boyot,barulah malu.Menyesal. Lepas tu,bila anak lahir.Buang dalam tong sampah,longkang,lubang jamban.Dah buat dosa, lepas tu tambah lagi.Bunuh pulak. Yang paling memalukan,bila dah couple ni perkara seterusnya akan berlaku. Perkara ke tujuh: kehilangan. Hilang akhlak moral,hilang kedaraan,hilang macam-macam lagilah. Yang pakai tudung pun,perangai tak serupa orang.

Memang benar,siapalah kita untuk menidakkan perasaan.Perasaan untuk menyayangi dan disayangi kembali.Tapi,pandai-pandailah membawa diri. Perasaan itu sebenarnya luhur.Yang rakus tu namanya nafsu! Selagi namanya manusia,selagi itulah nafsu itu tetap ada. Lagipun,kalau fikir-fikir balik. Couple tu, perkara ke lapan: membazir. Macam-macam perkara akan terbazir,duit,masa. Air mata, masa depan. Bila clash.Frust menonggeng-nonggeng. Result merundum. Lagipun, bercinta lama-lama pun, satu hari nanti tiba-tiba kita akan bosan dengan couple sendiri.

Sebab tu ramai orang, couple & clash! Macam trend pula. Ataupun macam touch and go.Kata adik, couple tu menghilangkan kebosanan. Tapi bagi saya, couple tu memeningkan.Nak kena sentiasa fikir pasal orang lain,ambil berat pasal dia.Jaga hati dia lagi. Perkara ke sembilan: memenatkan. Kepala otak asyik fikirkan dia, bila gaduh. Penat nak cari jalan memujuk. Ada sesetengah kes, couple bagai nak rak. Tup-tup kahwin dengan orang lain. Jalan terbaik adalah baik kahwin terus. Tak ada pembaziran. Kata orang, couple tu proses mengenali hati budi.

Tapi percayalah.Kadangkala orang bercinta ni hipokrit. Kalau yang perempuan, cakapnya selembut kapas.Manja je.Lembut dan ayu sentiasa. Lelaki pula, selalunya penyayang,ambil berat dan prihatin. Marah-marah pun jarang walaupun geram. Semuanya indah belaka.Macam musim bunga. Sebab tu walaupun kahwin cinta, tapi perceraian jadi gak. Tu semua suratan takdir. Kadang-kadang tu jodoh pilihan keluarga lagi tahan lama dari yang kahwin atas dasar suka sama suka. Manusia ni bila dah suka, dia takkan tunjukkan true colour.Bila dah tak suka barulah keluar belang dan taring.

Selalunya bila dah kahwin. Segalanya serba tak kena. Time nilah dia akan tunjukkan diri yang sebenar. So,kesimpulannya kat sini. Couple tu lagi banyak merugikan dari memberikan kebaikan. Cuba anda listkan sendiri baik dan buruknya. Rasanya list yang buruk mesti panjang berjela-jela.Kahwin je yang tidak merugikan kerana kahwin tu sebenarnya untuk sepanjang hayat.Bila dah ada anak sendiri,secara automatik tanggungjawab akan kita rasa.Kahwin tu sebenarnya satu pencapaian.Sebab tu orang selalu kata kahwin-mendirikan masjid.Sebab banyak kebaikannya yang kita peroleh. Lain kali jelah cerita pasal kahwin.Tak cerita pun, korang boleh fikir sendiri.

 

 

Baca perbualan