Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Selamat Datang! (versi pasca-Youth'10)

 

Selesai sudah sesi berkampung 3 hari Kapasitor di PWTC sebagai sebahagian dari Youth Festival 2010!

Terima kasih pihak Youth Asia kerana sudi sekali lagi menjemput Kapasitor ke festival berkenaan. Tabik spring saya untuk semua yang datang membantu dan menjayakan majlis berkenaan. Terutamanya Jojo yang setia 3 hari dari awal hingga akhir dan Apun yang paling petah berkata-kata. Habis semua gadis, teruna akak dan adik terpaut dengan penerangan beliau. Juga tahniah buat yang membuat persembahan.

Ha, di sini apa kata, seperti dulu-dulu (dulu zaman Kapasitor masuk majalah dan dibanjiri ahli kita ada buat benda begini juga), apa kata kita kenalkan diri kita secara ringkas supaya saling mengenal. Sepanjang Youth berlangsung, bukan main ramai yang sertai laman web ni. Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Kata Kapasitor, tak kenal maka nanti malas nak baca atau komen karya seseorang. Ha ha!

Okeylah, jemputlah memberi info buat yang sudi.

Nama:
ID Kapasitor:
Panggilan:
Pekerjaan:
Bagaimana jumpa Kapasitor:
Jenis karya yang diminati:
Harapan bila join laman ini:

Jom!

 

Baca perbualan