Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

apunpital : tengoklah LBS dekat CD

 

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Saya suka dengar bila ada orang kata, sekadar Lagenda Budak Setan, layak saja ditonton dalam CD/vcd. Ataupun, alah, filem saduran Malaysia, beli/sewa novel cukuplah. Tapi saya tetap berlagak, ego saya nak jadi antara orang pertama tonton LBS ni meluap-luap. Tapi boring, tak ada lawan nak pergi muvie. Macam saya terpaksa tengok sorang-sorang final champions league di kedai mamak pukul 3 pagi, malu jugaklah. Sorang-sorang jerit gol, sorang-sorang kutuk player, sorang-sorang gelak, padahal keliling suma brader-brader ada geng.

Saya pergi juga tadi, dengan dua budak yang berkawan baik. Dorang kawan baik sesama sendiri, jadi saya heret ke muvie, saya paksa beli tiket harga lapan ringgit. hehe. Saya paksa duduk sebelah sit saya, agar tak nampak saya ni xada kawan sampai terpaksa tengok sorang-sorang. Jadi saya boleh gelak dan konon-konon ada orang pun join gelak, saya boleh kutuk lisa surihani kalau mahu dan ada orang support. Saya juga boleh kongsi coke dan popcorn.

Saya tengok dia bagi satu panggung je untuk LBS, mungkin LBS masuk dalam skim wajib tayang kot, dia kasi panggung 1 yang besar. Malangnya, mungkin sebab hari kerja dan hari khamis malam jumaat, separuh sit depan kosong. Apa aku kesah. Saya amek sit belakang, pun agak tidak padat.

Saya masuk, dan wayang dah bermula. inilah saya nak spoilkan. Nama hero, kasyah, heroin, ayu. watak kurang baik, azmi, er, suma dah tahu? Ayu mati? Eh, suma dah tau? Hebat. cool.

Kalau sapa tengok trailer, anda dapat lihat beberapa scenery yang cantik. Ini bukan slot trailer, ataupun sekadar iklan poyo macam beberapa filem tak menjadi sebelum ni. Tapi memang betul, scenery dalam cerita ni tip-top, malah, pengarah dia suka main dengan  matahari dan pokok. Itu saja dah membuai rasa. Belum lagi ditambah dengan lagu yang tip-top tu. Lagu "Bila Cinta" dari Windra Benyamin & Gio, sangat memberi kesan dan membuatkan saya dan kawan bernyanyi dalam panggung sambil kaver sedih.

kalau anda pembaca LBS, anda mesti tahu, LBS tebal nak mati, jadi saya yang ingat hampir semua watak dan dialog dalam novel tu, anggap cerita ni patut 3 jam. Tapi dia buat cuma lebih kurang 1jam 50 minit. Cis. Hebatnya, jalan cerita masih berjalan lancar walaupun jelas beberapa watak dan scene dicampak ke laut. pengarah ini dapat menjadikan kasyah jahat hanya dalam 3 scene, malah salah satunya dalam mengorat ayu. Menghidupkan watak azmi hanya dalam lebih kurang 4 scene, dan banyak lagi dalam cuma beberapa scene yang PENDEK. tapi idea dia mmg kool. sebab sinematografi dia hebat.

kontra : kalau anda sangka Fazura adalah ayu selepas bedah. Anda silap. Tapi Fazura adalah watak penting dalam hidup kasyah. Tukang baca LBS mesti tahu siapa watak Fazura. Kontra dalam filem ini adalah watak ayu selepas hilang ingatan adalah tidak hidup. pengarah ni cuba jual watak Fazura, dengan mengurangkan kecantikan ayu, dan mengurangkan efek sedih kematian ayu. Kenapa dia buat macam tu?? Sebab watak fazura adakah penting untuk bahagian dua filem ini yang entah bila nak tayang.

jadi mudahnya, kenapa harus berada di kerusi wayang?

gambar dan scenery sangat cun ( mesti menang anugerah atau saya mogok ) lagu sangat best ( mesti top chart atau saya mogok ) pelakon sangat hidup (kecuali nubhan,anda mesti gelak dengan kekakuan nubhan berlakon) sebab ada bahagian dua sebab nak tahu siapa ayu selepas tukar muka, dan siapa pula Fazura.

Kenapa tidak?

kebanyakan part menarik dalam Novel dipotong. anda tak mahu melihat scenery paling cantik dalam filem melayu. anda takut nangis bila azmi pukul ayu? anda peminat nubhan dan tak mahu tengok nubhan kekok? anda rasa saya menipu sebenarnya ada sedikit nilai boring kalau anda asek nak filem ni macam novel.

apa-apapun, lagu tu sangat best, pergi youtube sekarang!

tambah, ingatlah, ini filem saduran novel, seperti Harry Potter dan AAC, anda sepatutnya dah belajar supaya tidak melakukan ini sebelum masuk wayang

baca dan hafal novel berfikir andalah pengarah filem mahu filem itu 100% macam novel.

Jadi samada, tengok di CD, atau masuk wayang, duduk dan enjoy tanpa sebarang expectation awal.

apunpital
terima kasih dua kawan saya!

Baca perbualan