Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Hujambo! Hujambo! Piala Dunia 2010!

 

Assalamualaikum! Hujambo! Hujambo!

Piala Dunia 2010 sudah semakin hampir. Seinci demi seinci mereka datang dan kedatangan mereka bakal membuatkan golongan pekerja bakal berhadapan dengan masalah mengantuk yang luar biasa! Sekaligus membuatkan majikan-majikan kamu naik darah dan diserang sakit jantung. Apa kisah? Ha ha!

Buat yang kodi serta tidak ambil port mengenai sukan terulung di planet bumi ini, di sini diberitahu bahawasanya Piala Dunia 2010 akan berlangsung di Afrika Selatan.

Persoalannya di sini adalah: adakah kamu sudah bersedia untuk menikmatinya? atau adakah cukup cuma duduk di hadapan televisyen dan bersorak gila bunga raya apabila pasukan pilihan kamu menjaringkan gol? Kemudian pagi esok berjumpa teman-teman dan bercerita tentang kehebatan pasukan pilihan kamu?

Yeah! Jangan pilih kehidupan yang begitu, nikmati piala dunia. Bina pasukan idaman kamu dan mari kita bertarung di dalam sebuah liga dunia versi Kapasitor!

Jangan buang masa! Lupakan masalah-masalah semasa anda, seperti bil-bil yang tertunggak (kecuali Astro, sila jelaskan bayaran anda), tayar motorsikal pancit (ini macam masalah aku), kerja-kerja yang berlonggok di tray, lembu-lembu yang melintas jalan, ayam-ayam yang suka berak di halaman rumah, apa sahajalah yang membuatkan kamu berserabut. Lupakan!

Sila register di sini: http://en.mcdonalds.fantasy.fifa.com/

SELAMAT BERBOLASEPAK KEPADA SEMUA WARGA KAPASITOR!

p/s: Kepada sesiapa yang rajin, sila buat liga KAPASITOR. Selepas itu sebarkan 'code'nya untuk membolehkan kita semua menyertai!

Nakutakia siku njema!!!!

Baca perbualan