Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kapasitor MS : Ulasan Seksyen Puisi

 

Dari Apunpital (mewakili dayya, dan team kapasitor MS)
Ulasan Puisi

http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/5803 : Gerimis hati (buat mak): paktam http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/5809 : Pelita Malam : Kekasih http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/5794 : Musim : therain http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/5784 : kekejaman di atas sebidang tanah : 26life http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/5777 : roman polanski : rebelliben http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/5757 : Selamat hari ibu : Petak http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/5741 : Sebatang rokok lagi dan aku akan tidur. : kapitan http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/5882 : Hujan Resah : kasutbiru http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/5860 : Sebalik Dermaga Ujung Pandang : xmynnx_87 http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/5851 : Pejuang Bahagia (khas buat teman-teman ANNSEN) : choco

Assalamualaikum, salam sejahtera. 


Ada lebih kurang 108 puisi dalam Bulan Mei. Sebenarnya sikit. Eh, entah, akupun sebenarnya dah lama tak masuk kapasitor ni. Apa jua, aku mulakan dengan ucapan tahniah kepada  Matahari Ciptaan Kami Nukilan: rebelliben kerana menjadi puisi paling dikomen dan Gerimis Hati (buat Mak) Nukilan: paktam85 yang menjadi puisi paling dinilai. Adakah karya mereka pada bulan ini akan terus meneraju liga? Kita nantikan. (haha)

Juga tahniah kepada Petak dan Ummufatiha, kerana menjadi penulis puisi terbanyak bulan ini.
Rebelliben juga menjadi pengkomen terbanyak bulan ini.

Tahniah kepada pengkarya, pembaca, penilai dan tukang komen. Anda memeriahkan seksyen ini.

Bulan Mei menyaksikan banyak peristiwa yang mampu mendatangkan keghairahan menulis dan kehujanan idea. 1 Mei sendiri adalah hari buruh. Namun, tidakpun satu (mengikut pembacaan aku yang lemah) puisi didedikasikan kepada hari ini. Kemudian kita didatangi dengan Hari Ibu,  kita dapat melihat beberapa orang penulis, melahirkan perasaan kepada ibu mereka, walaupun kemungkinan besar karya itu tidak diberikan, dibacakan, kepada targetnya. Beberapa puisi sempena Hari Ibu bagi aku amat berkesan, sehinggakan, dalam senarai pendek 15 puisi terbaik bulan ini, terdapat 4 puisi sempena hari ibu.Seperti puisi 'Gerimis hati (buat mak)' dari paktam. Aku memilih puisi 'Selamat Hari Ibu' dari Petak untuk tema ini, kerana tulisan bersahaja beliau.

Bukan itu saja sebabnya, Petak wajar diberi perhatian bulan ini kerana kemampuan beliau untuk menakluki pembaca. Tujuh puisi tulisannya, empat rasanya mampu terus memasuki hati tanpa perlu pemikiran kritis. Berani bermain dengan genre dan cara yang lain, berbakat besar, beridea banyak. Tahniah.

Selepas itu, datang pula Hari Guru. Puisi 'Pelita Malam' dari Kekasih, menjadi puisi pilihan Hari Guru. Perhatikan nota kaki, ini adalah karya 2003, coretan pada kertas peperiksaan. Bak kata kurusawa "yang lahir dari jiwa itulah puisi". Inilah contohnya, apa saja yang kita anggap cuma coretan biasa, mampu menjadi gah.

Kemudian, aku kira, pergerakan puisi seakan lembab, terutama tiga hari Kapasitor di Youth 10. Lebih malang lagi, walaupun, ahli kapasitor yang bergelumang berada di PWTC selama tiga hari berturut-turut tak sampai 5 orang, tetapi beberapa puisi yang dihantar ada yang langsung tidak mendapat pembaca, penilai dan pengomen. Malah, ini berlanjutan sehingga beberapa hari selepas youth.

Selepas Youth memang dalam jangkaan, berlaku flood karya, walaupun sebenarnya agak tidak hebat. Aku jangkakan akan berlaku flood yang lebih banyak. Apapun, beberapa penulis baru yang mengenali kapasitor dari Youth, mula menjinakkan diri. Selamat datang. Choco antara penulis yang berjinak kembali dari Youth, dan memberi impak positif dengan gaya tulisnya. Puisi memoir 'Pejuang Bahagia' menunjukkan bakat Choco yang hebat. Kasutbiru juga antara ahli baru yang memberi satu gaya baru dalam penulisan, aku ketengahkan salah satu karyanya 'Hujan Resah'.

Tema Mei tamat dengan topik global dan panas. Mengenai kekejaman Israel terhadap konvoi flotilia. Puisi 26life, 'kekejaman atas sebidang tanah', menceritakan sedikit tentang hal ini.

Selain Puisi yang membawa tema yang tersendiri, terdapat lagi puisi yang memberi perhatian. Boleh aku katakan, puisi paling menarik minat aku pada bulan ini adalah 'Romans Polanski' dari rebelliben. Ben, membuat puisi biografi yang aku jarang atau belum pernah jumpa di kapasitor. Lebih cantik, karya ini diacu dengan cara satira yang cantik. Ben bukan sahaja menulis dengan baik, dalam lima tulisan beliau pada bulan ini, kesemuanya menarik minat aku untuk diletakkan ke dalam 10 terbaik, namun kuota satu puisi satu penulis masih dalam jagaan. Jadi, pastikan baca semua puisi ben pada bulan ini.

Rebelliben juga menjadi ahli yang wajar diberi penghargaan terbesar bulan ini dari bahagian puisi seksyen BM. Selain mempunyai barisan karya yang menarik, beliau juga adalah pengkomen terbanyak bulan lepas. Cuma ben seorang yang rajin mengklik hampir kesemua puisi dan memberi komen sepanjang aku meneliti kembali semua puisi. Balasannya, puisinya mendapat ramai pengkomen juga. Jadi, jika anda mahu pembaca memberikan komen, komen karya orang lain juga. Tahniah ben, anda terbaik.

Puisi Kapitan 'Sebatang rokok lagi, kemudian aku akan tidur', menarik minat aku kerana gaya sinis dalam penulisan juga bersahaja. Karya pendek Kapitan masih mengekalkan gayanya yang tersendiri sambil membimbit tema dengan jelas. Karya therain, 'Musim', juga mempunyai sentuhan menarik. Menceritakan kondusi KL Sentral, dipandang dari sisi gelap, gaya bahasa therain masih dalam lingkungan terhebat bagi aku. Pemilihan kata yang dibuat bagaikan magis yang sendiri tersusun dengan cantik dan menjadi.

Begitu juga 'Sebalik Dermaga Ujung Pandang' dari xmynnx_87. Juga menceritakan kondusi suatu kawasan yang dipanggil "tanah seberang". Susunan kata menarik, cuma aku kurang gemar dengan pemilihan tanda baca. Sedikit lagi sentuhan dan kemasan, memang karya ini tip top.

Banyak lagi puisi yang sepatutnya mengisi ruang ini. Jika anda terjumpa puisi yang rasanya lebih hebat, klik sahaj rekomen, dan ahli lain mudah mencapainya. Dengan flood pada bulan ini, ahli baru yang bertambah dan tema baru pada bulan Jun, semoga beberapa karya hebat lagi bakal kita saksikan.

tamat
seksyen puisi
kapasitor MS

*10 puisi pilihan bukanlah 10 puisi terbaik dan terhebat sepanjang bulan. Tetapi, 10 puisi menarik untuk diketengahkan dari 10 penulis berlainan. Ada diantara penulis yang tersenarai mempunyai puisi lain yang sama baik. Sila klik kepada senarai puisi mereka untuk membaca karya hebat.

Baca perbualan