Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Sosial pun perlu bertempat

 

Ini kali pertama aku suarakan pendapat aku tentang Kapasitor, setelah lebih dua tahun aku duduk dan perhati sambil mengalami perkara-perkara yang berlaku di dalam sini. Dan aku tidak bercadang untuk lembutkan nada. Tapi tidak pula aku mahu tinggikan nada. 

 

Apa yang aku mahu persoalkan ialah, apakah kegunaan ruangan komen di setiap karya? Pada aku, sudah tentulah untuk berikan kritikan, pujian, pembetulan, cadangan dsb berkenaan karya si penulis. Mungkin aku berfikiran tertutup, tidak seperti kamu berfikiran terbuka, dan bijak pula, maka aktiviti bersosial di ruangan komen tidak menjadi hal kepada kamu.

 

Ianya menjengkelkan untuk membaca komen yang langsung tidak berkaitan dengan karya. Bagaimana simbol " :) " ini mampu mengkritik dan memperbaiki karya penulis? Bagaimana perbualan bersifat sosial seperti sesi beramah mesra sesama user boleh diambil peduli oleh penulis untuk memperbaiki karya mereka?

 

Jika kamu ingin berbual tentang BBQ, repekan dsb, gunakan shoutbox. Gunakan Yahoo Messenger. Kamu tahu apa itu Yahoo Messenger? 

 

Aku merasakan kita sedang membazir dengan membiarkan karya-karya yang di postkan oleh pengguna-pengguna Kapasitor ini dengan mengabaikan kritikan yang sepatutnya berkenaan karya. Sebagai pengguna Kapasitor, aku menghargai watak-watak seperti Myelina dan therain kerana mereka tidak terpesong dengan tujuan asal Kapasitor ini diwujudkan.

 

Akhir kata, jujurnya aku tidak mengharapkan pun yang kamu boleh ubah tabiat ini. 

 

Ha!

 

 

Baca perbualan