Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Ahadiat dan London

 

Ahadiat Akashah adalah idola saya sejak zaman kanak-kanak.
Pada saya, beliau adalah seorang penulis yang hebat.
Dulu saya ada 1 set koleksi novel-novel Ahadiat Akashah.
Hampir semua novel tulisannya saya ada.

Ataranya,
Lagenda Budak Setan, Pilot Cafe, Awek Cun,
Gangster, Coral, Sleeping Beauty, Hikayat Cinderella, dll.

Apa kaitan karya Ahadiat dengan kisah hidup saya?


Beliau bertanggungjawab dalam menyemai angan-angan
dan impian zaman kanak-kanak saya tentang kisah-kisah cinta.

Saya selalu hidup dalam dunia imaginasi yang ditulis beliau.

Bila novel Ahadiat berada ditangan saya,
saya akan mula hilang jejak dari dunia nyata
dan terus berangan sayalah heroin,
watak utama novel tulisannya.

Ada 1 novel yang ditulisnya,
Sleeping Beauty '95 kalau tak silap saya.

Kisah tentang watak utamanya,
Adila yang baru pulang dari luar negara.
Apa yang menarik perhatian saya..
ada 1 petikan ayat dalam buku itu,

pengalaman kisah cinta Adila dan Remmy di London.

.."bersama menunggang patung singa di Trafalgar Square"..


Tahun 1995, tahun buku itu diterbitkan..
saya masih di darjah 6.

..dan ketika itu saya dapat bayangkan saya adalah Adila..

Yang silapnya imaginasi saya ketika itu,
patung singa yang saya bayangkan tidak sebesar yang sebenar.
Memang betul-betul besar rupanya.

Saya tak sanggup nak berebut dengan pelancong-pelancong lain
yang berasak-asak cuba menunggang singa itu.
Bergambar dari jauh pun jadilah..

 



Ada 1 lagi petikan dari novel cinta Ahadiat.
Tapi saya tak pasti dari novel yang mana.
Mungkin dari novel bertajuk 'KL-London'.

Petikan tentang pasangan bercinta
di taman indah di dalam kawasan taman Buckingham Palace.




Taman tu memang betul-betul cantik.
Imaginasi saya dulu tak secantik taman yang sebenar.
Ada hidupan liar seperti burung, angsa dan tupai yang menjadi penghuni taman.
..dan paling penting saya disana, bersama dengan orang yang paling saya cintai.
Baring-baring di atas rumput nan menghijau.

Sama seperti petikan novel Ahadiat yang pernah saya baca.

 

Jadi sekarang anda tahu dari mana datangnya angan-angan London saya.

Terima kasih Ahadiat Akashah kerana mewarnai imaginasi kanak-kanak saya.

Terima kasih yang tidak terhingga buat suami tercinta, Teddy..
kerana menjadikan mimpi itu satu kenyataan.


Nota kaki : Ok, saya betul-betul rasa macam nak pengsan sekarang ni sebab Ahadiat Akashah idola saya tu baca blog saya ni!!  Terima kasih banyak, abang Ahadiat!


 

Baca perbualan