Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Pa Wau Ya Wau.

  • PETAK
  • 14 years ago
  • 1,487

 

Semalam, Tok Mi (nenek sebelah mama) datang perlahan-lahan sebelah aku. Dan untuk yang keberapa kalinya, Tok Mi tanya, tentang hari-hari esok. Tentang waktu-waktu yang ke hadapan yang bila mungkin dia dah tutup mata.

 

Dan aku diam.

 

Tok Mi tanya lagi. Tanya lagi tentang hari-hari esok. Tentang yang bila mungkin dia dah tutup mata, aku mahu jadi apa. Aku diam.

 

Dulu, soalan tu selalu sahaja Tok Mi tanya, dan terus zup zap zup zap aku dapat jawab. Dan bila dah makin membesar, dah boleh untuk mengaku diri sendiri remaja, cita-cita jadi makin banyak. Skop perkerjaan makin luas.

 

Sebenarnya aku bukan tak ada cita-cita yang macam setiap manusia normal yang punya fitrahnya. Tapi, malu tu lebih besar dari jawapannya. Sebab aku tahu, Tok Mi akan diam, membantah, dan geleng kepala.

 

Jadi, aku naik atas, masuk bilik, buka laptop, tinggalkan Tok Mi kat bawah, dengan jawapannya sendiri.

 

Maaf Tok Mi.

Baca perbualan