Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Nota Seorang Rebel

 

Assalamualaikum Warahmatullah.

Ini entri biasa, sudah dua bulan aku di Kapasitor, berkarya dan bersosial. Rasanya tidak terlalu lewat untuk aku bercerita sedikit tentang diri aku. Jika kamu semua mahu tahulah. Ha ha..

Ok. Aku jumpa Kapasitor pada suatu hari secara tidak sengaja. Pada kotak cari pakcik google aku taipkan cerita pendek, lalu Kapasitor pun muncul. Sekali klik dan aku rasa inilah komuniti yang mungkin boleh memberikan sedikit ruang untuk berkongsi tulisan dan fikiran.

Dan aku betul.

Aku cintakan seni. Sedari kecil. Bermula dari muzik sehinggalah ke bidang membaca dan menulis. Daripada pop kepada sastera, daripada ringan kepada yang berat untuk di hadam. Dan aku sebenarnya bukanlah siapa-siapa. Sangat kecil. Kerana itu aku humble.

Ya, aku seorang yang humble. Lupakan ID rebel itu buat seketika. Kerana aku sangatlah user-friendly dan neutral. Kerana cinta aku pada seni, maka aku turut cintakan mereka yang mencintai seni. Juga. Tidak kiralah apa fahaman anutan mereka. Tinggi mana egonya, dalam mana ilmunya. Bagi aku tidak ada apa yang perlu di ambil hati. Ini semuanya proses pembelajaran. Sampai mati pun kita tidak akan habis belajar. Dan belajar itu sendiri merupakan tuntutan. Fitrah.

Maka kesetiaan aku kepada Kapasitor walaupun waktunya masih singkat adalah kerana di dalamnya mengumpulkan manusia-manusia yang punya ruh yang sama. Ruh seni. Aku katakan pada diri aku, tidaklah aku mahu mencari tentang salah dan betul, kerana level kita sama. Belajar. Dan Kapasitor ini bagaikan akademi buat mereka yang cintakan seni.

Dan terus, dengan apa yang aku ada. Aku bersosial dan menegur karya-karya dengan kecetekan ilmu di dada sambil berharap semoga teguran aku membawa kebaikan dan membuatkan penulisnya berkobar-kobar untuk terus berkarya. Fahamilah, ini bukan kerana aku mahu tunjuk pandai. :D

Tentang promosi menjadi Moderator di English Section. Ah, hahaha. Semuanya selepas Youth 2010. Dan aku menerimanya atas dasar aku cinta pada mereka yang mencintai seni, aku mahu tolong seadanya. Walaupun secara harfiahnya, english aku kucar-kacir tapi aku fikir kamus ada dan kawan-kawan yang bijak juga ada. Mosh juga memberi kata-kata semangat. Terima kasih, Mosh. Namun aku sangat berterima kasih jika ada sesiapa yang mahu menggantikan aku.

Jadi kepada Kapasitorian. Jika aku ada berbuat salah dan ada di kalangan kamu yang berkecil hati atau merasakan terancam (kah kah kah), aku pohonkan ampun dan maaf. Ingat, apa yang penting? Kerjasama! Lupakan yang keruh, ambillah yang jernih.

Sekian.

Baca perbualan