Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

apunpital : Jom Broga

 

Assalamualaikum.

Dulu aku penah nak buat kapasitor santai di Melaka. Sebenarnya masa tu memang dah siap semua tempat yang menarik. Tapi tak menariknya, kawan-kawan di Melaka sibuk final exam dan sekarang mereka dah balik. Tinggallah apunpital kesepian dekat Melaka. Abaikanlah cerita sedih tu. Tujuan aku tulis ni adalah untuk

Mengucapkan tahniah kepada ucu, kerana berjaya selamat pada jam 8:30 pagi. Mengucapkan tahniah kepada jojo untuk v5 dan muka depan baru. Mengucapkan tahniah kepada toroy dan ayu, eme dan dueng atas perkahwinan mereka. Mengucapkan tahniah kepada mak ayam dan abang ayam (che nard dan achol) kerana telah bertunang dan bakal diijabkabulkan. ameen. Mengucapkan tahniah kepada siberkop sebab da ada anak berusia dua bulan. Mengucapkan tahniah kepada Mosh kerana naik pangkat. Mengucapkan tahniah kepada Ben, sebab jadi orang penting di Kapasitor EN. Mengucapkan tahniah kepada Qaqa, fara, anne, eewa (UiTM), syu dan rakan-rakan lain yang dah berjaya tamatkan sarjana muda dan bakal konvo dan bakal berkerjaya. Mengucapkan tahniah kepada Njay kerana berjaya mengharungi dua minggu kursus, dan sudah ada "yang baru".


Oke, berbalik kepada tajuk.

Seorang rakan yang rasanya seorang ahli tidur kapasitor telah mempelawa aku untuk hiking di Broga ahad ini. Mula-mula aku ingat dia buat lawak konon kelakar, sebab aku ingat Broga tu nama salah satu venue untuk Piala Dunia dekat Afrika Selatan, atau nama candi dekat Thailand. Tapi, rupanya betul ada nama tempat Broga dekat Malaysia.

Jadi, aku dengan segan silu, mempelawa korang untuk ekspedisi JOM BROGA, tajaan sendiri pada ahad ini.

Apa itu Broga?

Broga ada sebuah tempat di Semenyih dan sempadan selangor dan Negeri Sembilan. Kawasan Broga adalah berbukit dan dikelilingi oleh tanaman kelapa sawit. Namun, kawasan puncak bukit adalah tanah lapang yang dipenuhi lalang.

Sebenarnya, aku tak tahu dan tak pernah pergi, jadi sebab tak mahu beri reviu bohong, aku galakkan kamu semua lihat link berikut.

Broga satu Broga dua Broga tiga

Mengikut gambar yang aku tengok dan juga kamu boleh tengok, ini adalah ekspedisi tak berapa lasak dan mempunyai pemandangan yang agak cantik. Juga tak memerlukan banyak peralatan sangat.

Cara untuk ke Broga?

Ada tunjuk dekat link Broga Satu.

Ini mungkin minggu terakhir kita boleh santai, memandangkan beberapa mingu lagi semester baru akan bermula, dan yang tak ada kerja bakal ada kerja. Jadi, pada awal ini, aku cuma nak tahu ada sesiapa yang berminat nak bangun pagi dan panjat Broga? Lepastu baru aku dapatkan keterangan lanjut dari kawan aku.

Tapi kalau dia tak jadipun, apa salahnya kita explore sendirikan?

#Biasanya mereka mula hiking dalam area subuh/lepas subuh sebab dapat view matahari naik.

apunpital

 

Baca perbualan