helpHelpfeedbackFeedback  Register
http://www.kapasitor.net/community/
Welcome Guest
Not a member yet? Join us.
Login if you already have registered.
Events  Job  Nightlife  Travel  

Hari Ilmu dan Gerakan Membaca 2010
Komuniti: Events | 23/06/2010 | 05:52:11 AM | 186 Views
Share

Hari Ilmu dan Gerakan Membaca 2010

image

Tempat : Taman Tasik PKNS, Shah Alam
Tarikh : 26 Jun 2010 ( Sabtu )
Jam : 8.00 pagi – 2.00 petang


1.0 PENDAHULUAN

Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor julung kalinya akan menganjurkan satu program yang dinamakan ‘Hari Ilmu & Gerakan \Membaca Perdana Negeri Selangor’ sebagai satu aktiviti membaca beramai-ramai oleh orang awam dan seterusnya dicatatkan didalam The Malaysia Book Of Records.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Meneruskan usaha-usaha merangsang dan mempromosikan budaya membaca;

2.2 Outreach program perpustakaan secara besar-besaran dengan Membaca Bersama Masyarakat
2.3 Membudayakan pembacaan dikalangan rakyat sambil bersantai membaca dimana-mana
2.4 Menderma dan menyumbang bahan bacaan untuk jalinan Persahabatan
2.5 Menggalakkan pihak swasta/korporat melaksanakan program CSR bersama perpustakaan.
2.6 Mempertingkatkan kualiti hidup melalui pembacaan bersama keluarga.

3.0 SASARAN PESERTA

Progam ini mensasarkan seramai 10,000 penyertaan dengan kategori penyertaan adalah seperti berikut:

3.1 Peserta Berdaftar (5,000 orang)

Seramai 5,000 peserta berdaftar yang terdiri dari penyertaan semua jabatan Kerajaan/agensi kerajaan negeri /Pejabat Daerah/ Pihak Berkuasa Tempatan/Badan Berkanun/anak syarikat Kerajaan Negeri/Ahli Dewan Undangan Negeri/Ahli Parlimen/Institusi Pengajian Tinggi (IPTA/IPTS/Kolej Swasta)/ Sekolah-sekolah, Tadika dan Taska, Persatuan-Persatuan NGO/JKKK/Persatuan Penduduk/ Persatuan Belia, Penulis, Penerbit buku, Ilmuan dan badan-badan korporat. (disaran menghantar wakil secara berkumpulan)

3.2 Pengunjung Awam (5,000 orang)

Pihak penganjur juga mensasarkan 5,000 orang awam akan hadir bersama keluarga untuk bersama-sama membaca di sekeliling tasik.

4.0 KONSEP

Keunikan penganjuran Gerakan Membaca Perdana ini adalah melalui beberapa konsep dan pendekatan seperti berikut:

4.1 Bacaan Kegemaran Saya @ My Favourite Book

Setiap peserta berdaftar akan membawa 1 bahan bacaan seperti buku/majalah/jernal/akhbar/ dan lain-lain untuk membaca dilokasi.
Peserta bersantai sambil membaca buku kegemaran masing-masing secara serentak.
ADUN dan Ahli Parlimen akan turut membaca bersama rakyat .
Pengunjung awam, (walk in) dan keluarga boleh memilih untuk duduk dimana-mana lokasi bersesuaian dengan membawa bahan bacaan /tikar/payung/topi/bekalan makanan sendiri sambil membaca.

4.2 Sumbangan Buku /Pertukaran Buku (Book Donation/ Book Crossing)

Disediakan juga kotak-kotak berhampiran pokok-pokok bagi individu membuat sumbangan bahan bacaan seperti buku dan majalah.
Bahan-bahan ini boleh di ambil dan ditukar oleh mana-mana individu yang berminat semasa program dijalankan.
PPAS akan membuat kutipan di akhir program untuk simpanan /rujukan pelanggan perpustakaan.
EXCO/ADUN/Ahli Parlimen /pegawai-pegawai kerajaan/badan korporat yang berminat untuk memberi sumbangan bahan bacaan boleh menyumbang lebih awal bermula pada 1 Jun 2010.

5.0 PENGIKTIRAFAN

Pihak penganjur akan menjadikan program ini sebagai salah satu Program Kemasyarakatan Terbesar Negeri Selangor dengan pengiktiran seperti berikut:
Pengiktirafan oleh : The Malaysia Book of Records
Tajuk Acara : Largest outdoor Reading Event in Malaysia
Penyertaan : Peserta berdaftar akan menerima Sijil Penyertaan berbentuk penanda buku.



6.0 FAEDAH PROGRAM

6.1 Menjadi platform kepada aktiviti penjenamaan semula perpustakaan diseluruh negeri Selangor
6.2 Menyumbang kepada peningkatan keahlian dan pengunjung perpustakaan
6.3 Mendidik individu, bahawa membaca boleh dilakukan dimana-mana sahaja
6.4 Menjadi salah satu daya tarikan kepada para pelancong tempatan dan antarabangsa melalui tour and read.

*Perhatian
Borang Penyertaan akan dikeluarkan pada pertengahan Mei 2010 oleh Urus Setia :
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.
Pegawai untuk dihubungi Suzliana/Fazli/Khairul/Sarwani
Ditalian 55197667 ext 128/106/204

 

Aturcara Hari Ilmu & Gerakan Membaca 2010

TARIKH: 26 JUN 2010 BERSAMAAN 13 REJAB 1431- (Sabtu)
MASA: 9.00 PAGI
TEMPAT: TAMAN TASIK, SHAH ALAM


6.30 – 9.00 pagi

Ketibaan peserta berdaftar


9.00 – 10.00 pagi

Peserta “Largest Outdoor Reading Event in Malaysia” mengambil tempat


10.00 – 11.00 pagi

Acara kemuncak “Largest Outdoor Reading Event in Malaysia” – Peserta Membaca Serentak


9.30 pagi

Ketibaan Dif-dif Jemputan


10.15 pagi

Ketibaan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor & Isteri


10.45 pagi

Keberangkatan Tiba Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor

DYMM Sultan Selangor dan rombongan tiba ke jeti Restoren Antan & Batura – ke Pentas Utama

Lagu Negeri Selangor & Lagu Hari Ilmu

Bacaan Doa

Sembah Ucapan Alu-Aluan oleh YB Dr Hajah Halimah bt Ali, EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor

Sembah Ucapan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah berkenan menyampaikan Titah Perasmian
Upacara Majlis Perasmian Hari Ilmu & Gerakan Membaca Perdana Negeri Selangor & Pesta Buku Negeri Selangor 2010.

Blimp dinaikkan


12.00/thari

Pengisytiharan Malaysia Book of Records & Penyerahan Sijil

Penyampaian Hadiah Penyertaan Teramai

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah berkenan menandatangani Buku Gerakan Menulis Perdana Lagu Negeri Selangor

Majlis Santapan dan Jamuan

Keberangkatan DYMM Sultan Selangor ke Pesta Buku Selangor Kompleks PKNS


1.00 t/hari

Majlis Bersurai


Dikemaskini oleh Urus Setia Hari Ilmu & Gerakan Membaca Perdana pada 18/6/2010 .


author
Choco
My.Kapasitor
Add as friend
Send Message
share
bloglinesRedditStumbleUpontechnocratiYahoo
DeliciousdiggFacebookGoogleNewsvine

my other posts
Demam
It's Your Choice But Please Make The Best Choice!
Tasputra PERKIM : Sukarelawan Diperlukan
Imperfections That Make Life Complete
Sedikit Sebanyak: Karya Kita Hak Kita oleh Nisah Haron
Apa Yang Menarik?
Tak Puas Hati
View all


Permalink | Top


Comment
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login


iklaneka


iklan
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan Kapasitor