Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Hari Kapasitor .5 : Apa ini? Dan Jom Broga (Ahad)

 

apunpital
Hari Kapasitor .5

Assalamualaikum

Aku memohon maaf sebab berlaku sedikit ketidaktentuan dalam membuat blog untuk Hari Kapasitor. Jadi di sini, gariskan semula Hari Kapasitor (tajaan sendiri) ni.

Apakah Hari Kapasitor?

Hari kapasitor adalah hari untuk memberi publisiti kepada sebarang karya dan artikel yang ada di dalam Kapasitor.Selain itu, Hari Kapasitor juga bertujuan untuk menyebarkan aktiviti-aktiviti yang dilaksakan oleh Kapasitor untuk semua ahli.

Bila Hari Kapasitor?

Hari Kapasitor telah diputuskan pada Hari Khamis oleh jojo. Pada mulanya Hari kapasitor dilaksanakan setiap minggu namun kurang sambutan. Jadi, Hari Kapasitor diputuskan pada Hari Khamis minggu ke-2 dan ke-4. (Minggu pertama adalah untuk aku post reviu seksyen puisi dan minggu ketiga untuk blog/pendapat peribadi aku).

Apa kesan dari Hari Kapasitor?

Kesan awal pada awal Hari Kapasitor dilaksanakan, berlaku pertambahan ahli, pertambahan komen dan peningkatan ahli yang "log in". Juga secara am, dapat dilihat pertambahan "add friends", jeritan di shoutbox dan sambutan di chatroom. 

Apa nak buat waktu Hari Kapasitor?

1) Gunakan kapasitor widget untuk karya anda sendiri atau karya yang anda minat di blog anda. Kod kapasitor widget boleh diperolehi dari ruang bawah karya, sebelum ruang komen.

2) Gunakan butang F share untuk berkongsi karya di sini dengan rakan-rakan anda di Facebook. Dapatkannya di bahagian kanan sebelah tajuk Karya yang anda ingin kongsikan.

3) Di situ juga ada butang tweet dan google buzz untuk berkongsi dengan rakan anda di laman tersebut.

4) Anda boleh buat entry khas di blog (myspace, dll ) untuk memberi publisiti kepada Kapasitor. Dalam apa jua bahasa. Dalam apa juga stail. Poster, bercerita di blog, atau apa sahaja.

5) Buat status Ym yang dipautkan url kapasitor/karya yang anda minat. Cuma satu hari sahaja. Ini juga peluang untuk mendapatkan lebih komen dan rating untuk karya anda sendiri atau karya orang yang anda minati.

6) Status di facebook dan lain-lain tempat?

7) Gunakan kesempatan ini untuk rekomen karya yang anda rasa hebat, atau bagi penulis yang baik mungkin boleh reviu satu dua karya.

8) Jom borak di chatroom waktu senggang.

9) dan lain-lain.

Wajibkah Hari Kapasitor ni? Pentingkah? 

Tak wajib langsung. Kepentingan bergantung kepada individu.

 

Hari Kapasitor .5 : JOM BROGA

Setelah beberapa buah fikiran, jadi aku putuskan tentatif berikut untuk Ahad ini.

Berkumpul di rumah ben yang 15 minit dari broga. Berkumpul di Petronas Pekan Semenyih dalam jam 4:45~5:00 pagi. Bergerak ke kampung Broga dan sembahyang subuh. Bersiap sedia dan sedikit regangan badan. Mula mendaki sebelum jam 6:00 Naik-naik dan turun. Lepak makan/minum/ambil gambar dekat atas. Turun sebelum jam 8:00 Makan besar dan cari tempat lepak untuk berborak panjang. Bergerak pulang sebelum zohor.

Barang yang digalakkan bawa

Kasut yang baik Lampu suluh Air mengikut keperluan Kamera (kecil atau besar tak mengapa) Tuala (lap peluh/mandi) Pakaian lebih

Peringatan

Seperti yang dikatakan oleh status, broga agak sesak haritu. Bak kata kawan syud, macam semut jumpa gula. Jadi, sila siapkan diri untuk memaki hamun dalam jiwa sebelum jumpa view yang cantik. Parking didengari adalah jauh dari tapak mula. Katanya ada surau kat area sana, tapi mungkin ada sapa-sapa nak bawa tikar ke. HAHA Sapa nak ikot, tp xmahu naik, hm, apa kata korang main UNO dengan UCU. (hehehe). Naik lama sikit, tapi turun dalam 15 minit.

Peta, cari di Google maps dengan tanda (Broga, semenyih, selangor) atau Tekan link ini.

Jadi, tak kisahlah sesiapa nak pergi, ambillah no telefon pakcik, 0172095679. Atau mungkin sesiapa tak mahu pergi, tapi mahu lepak ahad ni, dan ada idea tempat berdekatan, jom k-share (?? kapasitor share. hehe).

Jom BROGA!
apunpital

Baca perbualan