Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

apunpital : Jom Broga -tamat-

 

Assalamualaikum

Pertama, aku nak minta maaf kat Rizzy dan Petak, sebab tak dapat carikkan korang transport. Sebab yang datang cuma lima orang dan memang bukan dari KL.

Pagi 27 Jun 2010 aku bangun jam 2:30, bukan nak tengok USA kalah, tapi sebab nak mandi dan siap-siap bergerak. Jam tiga, aku dengan senior aku kat Jepun (Imran), bergerak menuju ke rumah kakak fara. Sambil tunggu farah, sempat beli bekalan air, seratus tambah dan lampu suluh. Lebih kurang jam 3:30 pagi, ambil fara di rumah kakak dia dan menuju ke tol Simpang Empat (PLUS).

Hujan perlahan-lahan membebani perjalanan. Masuk sahaja tol, hujan macam dah beri hint aktiviti yang membabitkan cuma lima orang ni ada gaya jadi aktiviti melihat pokok kelapa sawit bergoyang. Kami meneruskan perjalan dalam hujan yang sangat lebat, jalan yang gelap, mata yang mengantuk, dan beberapa poket-air yang membuat kecut perut sekejap.

Lebih kurang jam 4:30 pagi, keluar di tol Seremban/Labu dan menggunakan Jalan Seremban Lama ke lokasi. Sebab aku fikir lagi senang guna jalan lama, kami menggadaikan tidur kami untuk terus membuat perjalanan berisiko tinggi. Hujan lebat, jalan sempit, lebih gelap dan 50/50 je tahu jalan. Sebab terlalu berisiko, aku, Imran dan Fara tak mampu lelap. Akhirnya kami sampai di Petronas Pekan Semenyih jam 5:05 pagi, berhenti dan tunggu Syud dan Qaqa.

Qaqa dan Syud sampai, kami bergerak satu kereta (satu kereta tinggal), ke Broga Hill. Sampai je, da ada banyak kereta siap sedia parking. Kami berhenti tapi hati bergolak sebab ingat nak subuh dekat situ, dan hujan sangat lebat. Kemungkinan membatalkan ekspedisi meningkat kepada 80%. Jam 6:00 pagi, kami patah balik dan cari tempat solat. Sambil-sambil berharap agar hujan reda.

Jam 7:30 pagi, hujan agak degil, dan kami sekali lagi pergi ke tapak Broga Hill. Tengok-tengok, kalau rasa yakin boleh redah. Jam 8:00, sampai tempat parking, bayar RM2, hujan mulai reda. Kami bersependapat meneruskan perjalanan. (eleh, sebebanrnya tgok ramai naik, so rasa yakin). Dah tu, da terang pulak tu.

Pendek cerita, kami naiklah Broga Hill. Mula-mula jalan kat celah kelapa sawit, lepas tu sebelah gaung, lepas tu, macam hutan sikit, lepas tu  eh, dah nampak puncak satu bukit broga. Yeay! Tapi nak sampai situ, sempat la pitam-pitam seseorang tu. Kami relax kejap, dan naik puncak satu yang paling curam dan bahaya. Tapi, budak-budak lepak je lari. Cis. 

Agak untung, sebab da ramai patah balik waktu hujan lebat, hari ni tak ramai sangat kat atas bukit. Jadi, perjalanan agak sedikit lancar. Kami panjat bukit satu tu dengan penuh semangat setiakawan, bekerjasama dan jakun sebab sangat lawa pemandangan pagi. Kan baru lepas hujan, dengan kabus, ada pelangi, pancaran malu-malu matahari, eh, lawa la.

Sebab lawa, kami teruskan perjalan, sambil bergedik santai, dan makan sandwich ciptaan syud dan qaqa, minum air. tiba-tiba je, da sampai paling tinggi. Best kan, matahari pun dah tinggi. Lepas tu, kami turun, dan suka, sebab berjaya juga menjalankan ekspedisi 5 orang tanpa persediaan rapi dan banyak rintangan alam sekitar ni.

Yes, tahniah kepada imran, qaqa, syud, fara dan diri sendiri. Kita patut dapat sijil. HAHHAHAA (padahal budak pon sampai atas tu, cis.)

Gambar ada di Facebook qaqa. Sedikit previu panorama Broga Hill di bawah.

Dengan ini aku rasa, sapa takut naik Broga adalah fun. Da, salam.

apunpital

eh, tak abes ceita agi, lepas kitorang turun, kami pergi ke rumah papa qaqa. Mandi, rehat dan makan sedap, sebelum berpisah selepas bergelak ketawa melihat gambar. Kami pulang ke rumah pada jam 3:30 petang. Sampai di Melaka lebih kurang jam 6:00 petang, selepas hantar Imran naik bas pulang ke JB dan fara ke rumah kakak dia.

Inilah pengalaman cuti sekolah yang tak dapat saya lupakan.

 

the famous X

 stone-edge

 pEopLe

 up there

 loving papa

jemaah

hye broga, bye broga

 only

going up

 satu dua tiga, em... 

Baca perbualan