Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Sekitar HSKU 2010 - 9 Julai 2010

 

Suasana di IB memang indah, tetapi tidak menyeronokan. Walau apa-apa pun tahniah dan berbanyak terima kasih saya ucapkan kepada tenaga kerja di belakang tabir HSKU 2010 yang bertungkus lumus untuk memastikan acara ini berjalan dengan lancar. Suasana formal terlalu mengikat untuk saya bergerak dan berbual sembang dengan rakan penulis yang saya kenali. Kiri kanan saya, rakan penulis baru yang saya kurang kenali. Hanyalah sempat berbual dengan dengan rakan penulis ketika berbaris di belakang pentas.

Ternyata Dayang Nur Faizah lebih laku untuk diambil gambar bersama jika dibandingkan para pengkarya. hahaha ...


Berbanding dengan beberapa tahun lepas, acara ini diadakan di dalam suasana yang lebih santai. Kita boleh bergerak ke mana sahaja untuk berbual dengan rakan yang sudah lama tidak disapa. Di IB, keras di atas kerusi sambil mendengar ucapan yang pelbagai. :)

Sempat saya berbual dan menyapa dengan SM Zakir, Rozais, Marsli N.O Pak Malim Ghazali, juga Neddo (rakan Kapasitor dan ahli AVA). Yang selebihnya hanya senyum-senyum, kerana tidak berapa mengenali mereka.

Baca perbualan