Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kapasitor MS: Buletin Julai 2010

 

Salam Julai, salam final Piala Dunia!

Ketika saya menulis ini, final Piala Dunia FIFA akan berlangsung kira-kira tiga setengah jam saja lagi. Pasukan tanah tumpah darah saya, Belanda akan berentap dengan pasukan pilihan, Sepanyol! Saya memilih Sepanyol untuk juara berdasarkan kemampuan di atas kertas mereka. Apa-apapun tetap saya doakan Belanda juara walaupun saya tak akan dapat sesen pun!

Berusahalah Belandaa!

Sosial Pun Perlu Bertempat
Baiklah sepanjang bulan Jun lalu kita diimarahkan dengan polemik yang dicetus entri blog Kapitan mengenai budaya komen di laman Kapasitor. Saudara Kapitan menyuarakan kegusaran beliau tentang pengomen yang terlalu bersosial di kotak komen hingga kurang memberi ulasan bermakna. Banyak pendapat dan reaksi diterima selepas itu, untuk mengetahui lebih lanjut silalah layari pautan di bawah:
http://www.kapasitor.net/community/post/3563

Pasangan Kapasitor #2!
10 Jun 2010 menjadi detik penting buat dua ahli Kapasitor, Paper_cat dan Mangifera apabila selamat diijabkabulkan sekaligus menjadi Pasangan Sah dari segi Syarak Kapasitor #2 (selepas Jojo dan Njay). Pertemuan pertama sewaktu majlis berbuka puasa Kapasitor 2008 menjadi impetus yang menyemarakkan hubungan mereka. Sejuk Rasamas KL Sentral kalau tahu berita ni. Tidak sia-sia ia menjadi lokasi sulung mata bertentang mata.

TAHNIAH YA! DUENG DAN EME!!! :D :D :D

KuruRizzy Melangkah Setapak Lagi
Mereka berdua ini tak henti-henti dengan benda baru. Sesuai dinobat ahli paling kreatif dan dinamik dari sudut mengoptimakan penggunaan laman Kapasitor, pasangan KuruRizzy (bukan pasangan kelamin mahupun domestik ya!) mempersempahkan puisi dalam bentuk deklamasi bebas bermediumkan  YouTube!

Sempoi! Tergelak-gelak saya waktu mendengarnya! :D Bagi yang masih segan-segan dan mencari idola, nah, saya persembahkan anda mereka berdua! :D Puisi mereka boleh didengarbaca di sini:
http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/6078
http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/6079

Sepintas Kapasitor MS
Sepanjang Jun ini saya amat kurang melayari dan menyelami Kapasitor dek tugas dan projek besar di Terengganu. Jadi saya serahkan saja ulasannya kepada Kru Pengelola lain. Berikut adalah ulasan ringkas seksyen cerpen oleh Ridhrohzai:

“Sebanyak 47 buah cerpen telah dihantar sepanjang Jun yang lepas. Terdapat peningkatan yang memberangsangkan pada bulan tersebut ditambah dengan variasi genre dan jalan cerita yang pelbagai, boleh saya katakan satu bulan yang meriah dengan karya-karya yang segar dan kreatif.

Selamat datang diucapkan pada magikkeni, ruzie, xmynnx_87, puteriemas, mas_joko, ibnuazlan, dan jazli_ali ke ruangan cerpen. Diharap semoga lebih ramai penulis-penulis baru yang akan muncul dalam bulan Julai ini.”

Ulasan seksyen puisi pula bakal dihantar oleh Dayya. Panjang sangat hendak pos di sini! :p

Saya akhiri buletin pada bulan ini dengan Karya Pilihan Kru Pengelola Bulan Jun 2010.

Puisi
Sampan Harapan- Enarif
Mujahid Mavi- Kurusawa
Anak Metropol (Cerita Anak Kampung)- Zinggof
Cinta Agung Anarkis- Rebelliben
Tuhan Baru- Uculer
Taman Bonda : ummufatiha
Biar Hati ini Menulis : paktam
Singkatnya Waktu Berlalu : gopabahari
Imaginasi Rindu : kekasih
Kau yang di situ, Kau Salah : iz_za

Cerpen
Imtihan – Syud
Berapa Lama Lagi Harus Aku Tunggu – Kamalia
Anak - Petak 
Siapa Tu? - Magikkeni

GO GO BELANDA! :D

 

Baca perbualan