Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

KenapaTelefon Awam Harus Terus Wujud

  • syud
  • 14 years ago
  • 1,697

 

Ada henfon tapi takda bateri. (Macam yang selalu saya praktikkan). Bila hal-hal yang agak kecemasan mulalah menangis sorang-sorang. Pastu SMS sambil buka tutup henfon dan menyusahkan orang lain. Nasib baik tak kena tidur terminal!

Ada henfon tapi takda kredit. Err. Ini terjadi pada saya bila ralit balas SMS orang pastu sedar-sedar je dah takda kredit dalam bas. Ha. Nice! Camno nak inform dah sampai ke tidak?

Sebab anda takkan tahu bilakah masanya anda tak ada henfon. Secara tetiba bila anda buka mata, raba-raba poket. Terus automatik tepuk dahi. Ya Allah! Samada henfon selamat di’kebas’ atau selamat tertinggal dekat entah mana-mana :P

Bila anda sampai ke destinasi pada pukul 11 malam. Melilau tak tentu hala. Ikut signboard ke public phone dan bila sampai je, sesuatu yang magik berlaku! Tadaaa! Diorang kasi telefon RUMAH! WTHHH-lah. (yang boleh digunakan untuk iTalk)

Pastu pada pukul 11 malam itu juga. Anda nampak convenience store tertulis ‘KAD TELEFON DI JUAL DISINI’ tapi yelah. Dah pukul 11 kan? Anda jenguk-jenguk kepala. Terhendap-hendap. Abang kat dalam tunjuk signboard ‘CLOSED’

Jadi dengan kaki yang berat. Anda melawat kawasan kalah YB. Dengan beg besar kiri kanan. Anda berlari-lari macam Teletubbies. Sambil berdoa dalam hati ada public phone. Anda berlari dekat kaunter teksi. Tanya-tanya. Tapi brader tu jawab selamba; ‘Oh memang takdala dek’ (dengan riak muka takda perasaan)

Since hari dah makin lewat. Anda mulalah bermuka cemas sambil berkira-kira nak tidur je dekat surau situ. Anda pon terus mencuba nasib buat kali terakhir. Tanya pak guard ERL pulak. Sah. Memang takda. WOW! Canggihnya stesen ni sampai aku rasa nak lesing-lesing.Grr Grr

Menurut kata Pak Guard, stesen yang lebih hampir dengan rumah anda mempunyai public phone! Maka dengan hati yang bertawakal (sebab sesungguhnya anda tak pernah naik dari stesen sana). Bila sampai muka cuak tak boleh blah anda tu tak surut-surut. Lagi-lagi bila tengok malam makin gelap dan tak nampak tanda-tanda public phone. TT

Maka anda pon menyapa seorang kakak yang sedang melunjur kaki. Menanti seseorang. Anda bagi salam dan cuba senyum semanis-manis boleh tapi mungkin muka anda macam penjenayah kot? Jadi beliau agak ragu-ragu mahu meminjamkan henfon. In fact, beliau telefon nombor yang anda minta dan bercakap laju-laju macam aku tak tahu mesej aku sampai ke tak. Sobs

Agaknya Tuhan tak mahu anda tidur di kaki lima. Maka secara tetiba public phone dalam gelap malam dan di seberang jalan nun jauh di sana dapat anda kesan tanpa bantuan GPS. Dengan segera anda seluk poket. Masukkan sepuluh sen dan menarik nafas lega. Alhamdulillah…(Nasib baik ada syiling!)

 Nota kaki:
 Penulis bertekad untuk memiliki 2 telefon, guna bil dan cas telefon sentiasa! (Bila dah bekerja) Ketika di tanya apakah perasaan beliau, penulis menjawab; 'Err. Stress' TT

Baca perbualan