Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Integrasi Google dan Kapasitor (Bahagian 1)

  • jojo
  • 14 years ago
  • 34,385

 

Hai adik-adik semua (melambai-lambai).

Hari ini abang Fauzan mahu mengajar adik-adik semua bagaimana mengintegrasikan Google dan Kapasitor dengan cara yang amat mudah! Tapi sebelum tu, adik-adik tau ke ape itu integrasi? Ok, kepada sesiapa kat luar sana yang lemah Lingua Franca Nusantara suatu ketika dahulu, ni abang Fauzan nak bagitau. Integrasi ni datangnya daripada perkataan integrate. Haa, dah dimelayukan jadinya integrasi. Tak caya pegi bukak prpm.dbp.gov.my. Korang gelintar la sendiri kalau tak percaya.

Adik-adik pernah dengar tentang Google Gadget?

Haa.. abang Fauzan nak cerita la ni. Google Gadget ni kan, dia ni adalah satu aplikasi tempelan yang kita boleh letak di serata tempat kepunyaan Google! Iye, tak tipu! Misalnya.. kita boleh guna Google Gadget ni untuk kita letak kat Gmail, iGoogle dan Blogger.

Tapi, hari ni lain sikit. Abang Fauzan nak ajar macam mana caranya kite ahli-ahli Kapasitor mahupun pembaca senyap (silent reader) dalam Kapasitor ni nak integrasikan jaringan sosial kesayangan korang ni ke dalam blogspot mahupun Gmail korang. Semudah ABC aje tau! Kalo dah tempel nanti, lagi la senang korang nak jenguk-jenguk kat Kapasitor kan? Kamonn.. kata support? 

Tak caye? Ok, mari abang Fauzan tunjuk.

Integrasi Gmail dan Kapasitor.net

Caranya mudah saja. (Siap ada gambar lagi tu.. uweekk!)

1. Mula-mula, korang kena la bukak Gmail tu dulu. Tak de akaun Gmail? Pegi daftar satu sekarang. Tak guna kalo baca artikel ni sampai habis tapi tak de akaun Gmail.

2. Dah bukak Gmail? Bagus. Sekarang, klik kat botol warna hijau kat atas tu. Nanti dia akan paparkan senarai gadget dalam Gmail.

http://www.kapasitor.net/images/caca/1.jpg

3. Ok, kemudian korang cari "Add any gadgets by URL". Jumpa tak? Kalau jumpa.. korang tick kat "enabled" tu. Kemudian, klik "save changes".

http://www.kapasitor.net/images/caca/2.jpg

4. Selesai aturan ke-3 atas tu, korang kena klik pada "Gadgets" pulak. Haa.. yang ni menarik. Nampak tak "Add a gadget by its URL" ? Ok, kalau dah nampak.. sila letak url di bawah ni kat dalam kotak tu.

http://www.kapasitor.net/kapasitor_gmail_gadget.xml

http://www.kapasitor.net/images/caca/3.jpg 

Dah letak? Ok skang klik "Add"

5. Tara! Kat sebelah Gmail korang dah ada "Live Feed" Kapasitor. Best tak?

http://www.kapasitor.net/images/caca/gmail.gif 

Gadget ni akan refresh setiap 1 jam. Korang kan macam si jojo tu; mane reti tutup Gmail. Asyik terbukakkkk aje. Selagi komputer terbukak, selagi tu la Gmail terpasang, tak gitu?

Ok, abang Fauzan sampai kat sini aje. Nanti abang Fauzan ajar macam mana nak buat integrasi antara Blogger dan iGoogle pulak ye? 

Boii~ 

Bahagian 2: Integrasi Blogspot dengan Kapasitor  

Baca perbualan