Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Sedikit Sebanyak: Karya Kita Hak Kita oleh Nisah Haron

  • Choco
  • 14 years ago
  • 1,556

 

 

kulit buku karya kita hak kita

Semalam saya baru sahaja kembali membaca buku ‘Karya Kita Hak Kita’ daripada Nisah Haron. Sebelum ini saya sudah membaca 1/3 daripada kandungan buku tersebut tetapi selepas rak buku saya roboh (mungkin gara-gara buku-buku saya berat dan tidak mampu ditampung oleh rak buku itu), terdapat beberapa buku yang saya baca separuh jalan tidak dapat saya teruskan pembacaan kerana buku-buku saya disusun menjadi menara berkembar yang tinggi – menyukarkan saya mengambil dan menyimpan buku-buku saya, bimbang menara (buku) berkembar pula yang roboh. Sekarang rak saya sudah kukuh dan cantik, maka saya lebih senang hati mengambil dan menyimpan buku sesuka hati saya.

Di dalam buku ‘Karya Kita Hak Kita’, terdapat beberapa perkara yang baru dan menarik bagi saya. Perkara pertama, kita tidak boleh mendakwa ‘idea’ kita ‘dicuri’ kerana hanya karya asli yang telah ditulis – direkodkan atau telah dijadikan satu bentuk bahan dilindungi undang-undang hak cipta. Jika saya menceritakan tentang idea baru kepada seorang rakan dan beliau menggunakan idea tersebut untuk menghasilkan sebuah karya bertulis, saya tidak boleh mendakwa karya beliau milik saya.

Saya pernah bertanya Puan Nisah Haron mengenai hal ini. Beliau menjelaskan, menciplak karya orang lain adalah apabila kita mengambil sebarang ungkapan yang membentuk bahagian penting daripada karya asal. Jika ungkapan yang digunakan adalah asli, itu bukanlah melanggar hak cipta.

Seterusnya, saya baru mempelajari satu frasa baru iaitu ‘karya bertindan’.  Karya bertindan ini berlaku apabila karya kita diterbitkan di media cetak (seperti majalah bulanan atau akhbar mingguan) tetapi pada masa yang sama, turut diterbitkan di laman siber peribadi.

Jika kita menghantar karya kita untuk diterbitkan di dalam sebuah majalan bulanan, ia bermakna kita memberi mereka lesen untuk menerbitkan karya kita selama sebulan. Maka, kita perlulah bersabar dan menunggu sehingga tamat tempoh tersebut sebelum menyiarkan karya kita di laman web peribadi. Contohnya, jika karya kita diterbitkan di majalah A pada bulan Julai 2010, kita perlu menunggu sehingga Ogos 2010 untuk menyiarkan karya yang sama di dalam laman web peribadi kita.

Bayangkan karya kita tersiar di dalam majalan bulanan yang perlu dibeli untuk membacanya sedangkan kita menyiarkan karya yang sama di laman web peribadi kita secara percuma pada masa yang sama,  sudah tentu lebih ramai pembaca memilih membaca secara percuma. Ini sudah tentu tidak adil buat majalah bulanan tersebut.

Jika mahu lebih banyak panduan mengenai hak cipta, bacalah buku ‘Karya Kita Hak Kita’. Saya suka membaca buku ini kerana bukunya besar, tulisannya menarik dan senang dibaca, dan setiap tajuk disertai ruangan komik – memudahkan lagi pemahaman saya berkenaan tajuk-tajuk yang dibincangkan.

Wallahua’lam.

Mylivesignature.com

Baca perbualan