Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Karangan darjah tiga.

  • PETAK
  • 14 years ago
  • 3,867

 

Assalamualaikum w.b.t

Teringat suatu ketika dulu, aku pernah diminta untuk menulis karangan yang melebihi 180 perkataan di sekolah rendah. Tajuknya, "Keluarga saya."

Mungkin ketika disekolah rendah, hanya aku sendiri yang merasa karangan aku terlalu hebat. Padahal tidak. Jadi, aku mahu mengulang balik peristiwa itu, dengan menulis sebuah karangan. Tapi bukan dengan tajuk Keluarga Saya. Aku akan menulis sebuah karangan yang bertajuk, 'Abah saya'.

Saya ada Abah. Nama Abah saya, Wan Daud bin Wan Idris. Abah dilahirkan di Besut, Terengganu. Abah lahir pada tahun negara kita mencapai kemerdekaan, iaitu pada tahu 1957. Jadi, umur abah sekarang, sama dengan umur kemerdekaan negara kita.

Pernah suatu ketika, abah berkata kepada saya ;

"Adik. Buang semua kertas-kertas yang adik tampal kat dinding tu. Semak. Nampak serabut. Abah tak suka."

Kertas-kertas yang abah maksudkan berserabut itu, ialah flyers-flyers gig, event yang saya dapat merata-rata. Terdapat juga gambar-gambar yang saya rasa canti, lalu dilekatkan di dinding itu. Lukisan-lukisan atau design-design baju yang saya lakarkan juga, terpampang di situ.

Kerana mahukan abah rasa senang dengan sikap saya, saya mencabut semua kertas-kertas 'semak' itu. Saya simpan elok-elok di dalam sebuah kotak, dan berharap agar suatu hari nanti, saya punya rumah sendiri, dan dapat menampal nostalgia itu semua di dinding kamar saya.

Tidak lama kemudian, mungkin selepas beberapa hari kalau tidak silap, abah meminta saya membuang botol-botol unik yang saya dapati, yang saya letak di atas rak buku-buku saya. Saya rasa botol-botol itu susah didapati. Dan abah bilang, semua benda unik itu termasuk botol dan macam-macam lagi boneka yang saya pamerkan, ialah sampah. 'Sampah'.

Jadi, saya simpan elok-elok di tempat yang tidak diketahui abah. Saya letakkan di dalam sebuah kotak, dan kotak itu saya simpan dengan tersorok di atas siling rumah. Saya yakin, abah tidak akan menjumpai semua itu. 'Sampah' yang abah bilang, bukanlah sampah sebenarnya. Pada saya, barang-barang itu sebuah kenangan yang tidak mungkin dapat dicari lagi apabila saya membesar kelak. Jadi, saya simpan.

Baru sebentar tadi, abah cakap lagi ;

"Buanglah semua buku-buku yang 'tak pakai'. 'Takda faedah'. Rumah jadi sempit. Penuh dengan benda 'tak berfaedah'."

Saya tak buang. Buat pertama kalinya saya ingkar dengan permintaan abah. Saya mahu abah tahu, buku-buku itu bukannya buku yang 'tak pakai' dan 'tiada faedah'. Buku-buku inilah yang saya baca setiap hari. Saya menimba ilmu dan mengejar cita-cita dari buku-buku 'tak pakai' ini lah. Jadi, saya tak mahu buang. Saya tak simpan di dalam kotak dan letak di atas siling. Buku-buku itu saya letak di atas rak seperti kebiasaan. Saya tidak mahu menyerah kalah tentang buku.

Buku-buku yang saya simpan, bukan buku-buku porno, abah.

Saya minta maaf.

Baca perbualan