http://www.kapasitor.net/community/
Apple  Computer  Design  Gadget  Mobile  Programming  Software  Tutorial  

Integrasi Google dan Kapasitor (Bahagian 2)

iklaneka
image

Hah! Jumpa lagi kita kali ini dalam sessi mengintegrasikan Google dengan Kapasitor. Anda semua dah cuba ke integrasi Kapasitor dengan Gmail? Belum lagi? Korang ni memang tak adventurous langsung la. Klik-klik sikit pon malas. Kesian la si jojo buat sampai pukul 4-5 pagi untuk korang, tapi tak de la korang nak gune... haih!

Tak pe lah, kalo korang tak nak guna.. abang Fauzan tak kesah! Biar abang Fauzan aje yang guna. Bole la abang Fauzan promote-promote Kapasitor ni kat kengkawan abang Fauzan (nyampah!)

Kalau bahagian 1 abang Fauzan cerita tentang integrasi antara Kapasitor dan juga Gmail, maka bahagian ke-2 ni abang Fauzan nak cerita macam mana nak integrasikan Kapasitor dengan Blogspot pulak. Apa? Ingat tak boleh ke? Kan Google dan bagitau cam mane cara nak buat.. ikut je la ye tak? Nasib baik la jojo tu kuli, senang abang Fauzan sentap-sentap perut dia suruh buat integrasi ni. Yang si jojo ni pon satu, dah pukul 5 pagi tak reti-reti ke nak tido? Apa yang kau dapat tersengguk-sengguk ngadap komputer? Padan la perut buncet! (ops! Lari tajuk pulak.. ihihi)

Ok, ikut arahan satu persatu ye!

1.  Login ke Blogger.com 

Ni syarat wajib sebelum nak buat integrasi. Kalo tak login, tak boleh la kemaskini korang punye Blogspot yer tak? Tak de akaun Blogger? Pegi buat satu ye.

(Apa korek idung lagi tu? Login la cepat!)

2. Klik pada settings

http://www.kapasitor.net/images/caca/1.gif

klik gambar untuk imej yang lebih besar

Settings ni dalam bahasa Melayunya “aturan”. Haa, kat sini korang boleh tukar macam-macam pasal blog korang. Abang Fauzan malas la nak cerita semua nanti sampai tahun depan pon tak abes lagi.

3. Klik pada Design

http://www.kapasitor.net/images/caca/2.gif
klik gambar untuk imej yang lebih besar

Kat sini korang boleh ubah antaramuka ataupon dalam bahasa penjajahnya “interface” blogspot korang.

4. Klik pada Add a Gadget

http://www.kapasitor.net/images/caca/3.gif
klik gambar untuk imej yang lebih besar

Haa.. kat sini la tempatnya untuk kita integrasikan Kapasitor. Apabila kita klik pada “Add a Gadget” ni, akan keluarlah satu pop up window yang akan menyenaraikan gadget-gadget popular dalam Blogspot.

5. Pop up window

http://www.kapasitor.net/images/caca/4.gif
klik gambar untuk imej yang lebih besar

Ok, beginilah rupanya pop up window itu. Ingat lagi tak url yang abang Fauzan ajar dalam bahagian 1 itu hari? Ha, tak ingat la tu! Tu la, lain kali makan lagi kepala ikan banyak-banyak, kan dan forever lupe! Hish! Url yang dimaksudkan adalah:

http://www.kapasitor.net/kapasitor_gmail_gadget.xml

http://www.kapasitor.net/images/caca/5.gif
klik gambar untuk imej yang lebih besar

Maka, korang ke klik pada “Add your own” pada pop up window tu. Masukkan URL di atas ke dalam kotak, kemudian, klik pada butang “Add by URL”.

6. Save

 http://www.kapasitor.net/images/caca/6.gif
klik gambar untuk imej yang lebih besar 

Klik “save” apabila korang dah nampak preview Kapasitor Live Feed kat dalam pop up window tu. Senang aje kan? Semudah ABC kan?

7. Save

http://www.kapasitor.net/images/caca/7.gif 
klik gambar untuk imej yang lebih besar 

Selepas pop up window hilang, korang akan nampak gadget tu bertambah kat dalam design blogspot korang. Ni ada abang Fauzan buat screenshot ni ha. Klik “Save” kat atas tu supaya apa yang korang buat ni dia simpan dalam aturan korang. Kalo tak nanti naya aje la korang kena buat balik semula.

8. Buka blog anda

http://www.kapasitor.net/images/caca/8.gif 
klik gambar untuk imej yang lebih besar 

Tara! Korang dah berjaya mengintegratekan Kapasitor dengan  Blogspot korang.  Sebagai contoh, abang Fauzan dah buat kat kapasitor.blogspot.com. Pegi la tengok kalo korang tak percaya. Ingat abang Fauzan kompang aje ke? (bercekak pinggang)

Begitulah berakhirnya sessi integrasi kali ini. Abang Fauzan harap ramai la ahli-ahli dan pembaca-pembaca Kapasitor yang support apa yang si jojo perut buncit tu buat. Abang Fauzan tau ramai kat sini yang hari-hari masuk Kapasitor nak baca puisi, cerpen dengan novel. Takkan la luak blogspot korang tu kalo ada seketul gadget Kapasitor terselit kat tepi tu kan?

Kata support?!! (tiru gaya xfm, hihi)


Share!Email

about the author

Johari Rahmad

Mari jadi baik
jojo | Add jojo as your friend | Send Message

my other posts
20 Karya Sepanjang 2012 yang Mungkin Anda Terlepas | 3231 reads
Selamat Datang & Terima Kasih | 3400 reads
Random Awesome | 3418 reads
Klinik Cerpen (Serunai Faqir) : 12 Feb 2012 | 3763 reads
Kenapa Malaysia Memerlukan Kilang Memproses Nadir Bumi Lynas? | 5871 reads
4 Perkara Sensitif di Pasar Ramadan | 2785 reads
Bagaimana membalas emel dengan menggunakan emel lain dalam Gmail? | 3843 reads
View all
Comments From Facebook

Comment
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda

advertise@karyamedia.net
advertise@karyamedia.net

subscribe to kapasitor

KapaSTORE
Creative Content Marketplace

BUY NOW: Good Wives


admin blog