Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Mari kita ingat mengingati :)

  • dayya
  • 14 years ago
  • 3,025

 

Salam. Sejak akhir-akhir ini, saya lihat karya-karya yang dihantar dalam seksyen puisi agak sedikit meligas; serasanya seperti melepaskan batuk di tangga. Mari kawan-kawan, kita cintai tulisan kita. Tulis ikhlas dari hati dan jiwa supaya maksud yang ingin disampaikan lebih jelas ke hati hati yang membacanya. Tulisan kita bukan suka-suka. Tulisan kita adalah satu medium dakwah. Kita ingat mengingati sesama kita. Bukankah satu kebaikan itu ganjarannya besar? Mari-mari! Kita menulis dari hati...

(Meskipun kita cuma meluahkan perasaan, namun bukankah perkongsian rasa itu juga perlu dihormati. Dua unsur bersatu; seorang meluahkan dan seorang lagi mendengar. Bukankah?)

Sayangi tulisan kita. Kita adalah cermin bagi setiap karya yang kita hasilkan. Bagaimana mahu menyayangi karya?

1. Hormati idea yang kita punya. Bukankah idea kita itu juga sebenarnya satu bentuk pinjaman? Yang perlu kita lakukan adalah memperhalusi ia dengan elok perkataan supaya berjaya disampaikan kepada sebilangan orang.

2. Ulang baca; seterusnya selepas habis menulis kesemuanya. Fahami dahulu apa yang kita mahu pembaca faham. Cari titik keserasian antara kita dan pembaca. Bukankah penulisan yang baik adalah pengikat bagi hati-hati yang lupa? :) nah! ingatkan mereka.

3. Edit dan ulang tulis.

4. Ulang baca sekali lagi. Jika perlu edit, editlah. Jika sudah cukup syarat; mulakan dengan bismillah dan post lah karya anda. Semoga hati-hati yang membaca akan mendapat keberkatan dari apa yang anda cetuskan. Untuk anda juga, semoga dipermudahkan urusan. :)

Saling ingat mengingati itu tidak susah bukan? :p hihihi.

Baca perbualan